1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Khamis

Gudang

Gudang atau rumah lelong kenderaan kereta yang juga disebut sebagai warehouse auction / auction house yang merupakan tempat penyimpanan kenderaan yang ditarik oleh bank, tempat yang sama juga buat jualan kenderaan secara lelong. Terdapat juga tempat lelongan dibuat berbeza dengan tempat penyimpanan kenderaan. Antara fakta gudang atau rumah lelong adalah seperti berikut:-
1. Gudang atau rumah lelong ( warehouse / auction house ) adalah milik syarikat persendirian
2. Gudang atau rumah lelong berkenaan sebagai 'vendor' atau pihak yang dilantik atau diberikan hak oleh bank bagi melelong kenderaan
3. Gudang atau rumah lelong milik syarikat tertentu sekurang-kurangnya memiliki satu gudang atau rumah lelong atau beberapa tempat di beberapa negeri
4. Gudang atau rumah lelong juga membuat jualan kenderaan dari syarikat kredit, kenderaan milik syarikat korperat, kenderaan individu atau mana-mana pihak yang berkaitan
5. Gudang atau rumah lelong beroperasi pada masa atau hari berkerja biasa dan cuma pada masa atau hari tertentu saja  kenderaan di pamer untuk pembeli buat inspection sebelum beli kenderaan yang di leong
6. Gudang atau rumah lelong mempunyai jurulelong yang bertauliah/berlesen bagi mengendalikan proses jualan secara lelong
7. Gudang atau rumah lelong adalah milik syarikat persendirian, tiada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan samada JPJ Puspakom Polis Kastam serta Excel Guide juga pun tiada kaitan dengan gudang atau rumah lelong serta tiada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan
8. Gudang atau rumah lelong secara umumnya terdapat di negeri-negeri seluruh 1Malaysia kecuali 3 atau 4 negeri yang tiada gudang atau rumah lelong
9. Gudang atau rumah lelong hanya buat jualan kenderaan secara lelong atau lelongan terbuka, tidak pernah buat jualan kenderaan yang ditawarkan secara terus pada pembeli tanpa lalui proses lelongan kecuali kenderaan yang dibatalkan dari proses lelongan
10. Gudang atau rumah lelong tidak melantik mana-mana wakil atau agen atau mana-mana individu bagi pihaknya
11. Gudang atau rumah lelong membuat jualan kenderaan secara lelong dan mengeluarkan surat kontrak sebagai akuan resmi proses pembelian kenderaan secara lelong, bayaran RM 1,530 atau RM 1,550 bagi kenderaan dengan harga lelong RM 100 ribu kebawah atau RM 5,530 atau RM 5,550 atau 5 -10 peratus dari reserve price bagi kenderaan harga lelongannya RM 100 ribu keatas.
12. Gudang atau rumah lelong hanya menerima bayaran yang dinyatakan diatas ( no.11) saja dan bayaran berkenaan dibuat dikaunter dengan diberikan kad bidaan, bayaran dikembalikan sertamerta jika gagal buat pembelian kenderaan,  baki bayaran keseluruhan / full payment dilakukan dibank serta tidak ada mana-mana individu yang boleh menerima apa-apa bayaran bagi pihak gudang atau rumah lelong atau bagi pihak bank
PERHATIAN : Jika anda ditawarkan kenderaan pada harga murah oleh mana-mana individu yang mendakwa kenderaan lelong dan tidak melalui proses lelongan, ianya merupakan kenderaan curi atau tawaran yang bertujuan menipu semata-mata, jadi berhati-hatilah.
Dengan bimbingan EXCEL GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG