lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Jumaat

Kastam

Kastam buat jualan kenderaan kereta secara lelong, kenderaan yang di rampas kerana melakukan kesalahan di bawah akta kastam, kenderaan di sita dan setelah melalui proses perundangan dalam tempoh tertentu, kenderaan berkenaan di lelong melalui proses 'lucut hak' dan lelongan dibuat melalui proses tertentu antaranya melalui kenyataan atau notis awam yang di sebarkan secara resmi oleh pihak kastam. 
Lelongan terbuka dan tempoh atau masa tertentu diberikan bagi pembeli buat pemeriksaan pada kenderaan. Terdapat juga jualan secara tender dibuat oleh kastam dimana pembeli buat sebutharga dan harga tertinggi yang ditawarkan adalah dianggap sebagai yang berjaya mendapatkan kenderaan berkenaan. Bagi mengetahui bila lelongan dibuat oleh pihak kastam, perlulah kerap login web resmi kastam atau telefon terus pihak kastam.
Apa yang nak diterangkan mengenai lelongan kastam adalah mengenai tawaran-tawaran dari individu yang mendakwa agen atau pihak yang bertindak bagi pihak kastam, antara dakwaan yang biasa diberikan atau kenyataan yang dibuat antaranya seperti berikut:-
1. Kenderaan mewah dengan harga murah yang tersadai di pelabuhan kerana tak bayar cukai, pembeli hanya perlu bayar kos penyimpanan serta 'duit kopi' dan semua dokumen diuruskan dengan mudah
2. Kenderaan yang diseludup dari singapore, thailand, indonesia, brunei, jepun dan pelbagai negara luar yang ditawarkan dengan harga murah, gerenti boleh daftar dan ada 'orang dalam'
3. Penyamaran sebagai pegawai kastam dan buat tawaran kenderaan dengan harga murah, terdapat juga dakwaan pegawai tertentu yang boleh uruskan semua tanpa perlu ikut prosedur yang di tetapkan
Dan macam-macam kaedah penipuan mengaitkan agensi kastam, pihak kastam sendiri mendedahkan pelbagai kegiatan jenayah yang mengaitkannya. Dan sebelum ini pihak SPRM juga berkerjasama dengan pihak kastam bagi menangani masalah klon AP dan penipuan kenderaan import. Tetapi yang jadi mangsa penipuan atau orang yang beli kenderaan tetap mengalami kerugian, selain kenderaan yang dibeli di rampas, wang yang dibelanjakan lesap dan disoal siasat serta turun naik ke mahkamah dalam tempoh atau jangka masa tertentu. Jadi jika anda dapat tawaran kenderaan import dengan harga yang murah dari mana-mana individu yang mengaitkan pihak kastam, secara bijaknya anda hubungilah pihak kastam, berikan kerjasama dan mungkin anda mendapat ganjaran yang setimpal serta selamat dunia akhirat, Insya'Allah.
Dengan bimbingan EXCEL GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG