1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Jumaat

Online

Online mengenai info pembelian kenderaan kereta yang di jual secara lelong. Kini dengan ledakan teknologi segala-galanya di hujung jari anda. Jika memiliki telefon mudah alih sekadar untuk fb, game, berintargram, twitter, watsapp atau jadi tukang karut sebar berita berstatus malang prapu skuder.skeper.
Jika hanya pandai download dengan app store atau google play apa-apa software atau perisian game di telefon bimbit, mungkin itu agak baik tetapi anda lebih advanced atau terkehadapan jika dapat akses online mengenai jualan kenderaan lelong. Tempat jualan kenderaan lelong antara lebih kurang 20 - 30 tempat di seluruh 1Malaysia, lelongan atau jualan kenderaan lelong antara lebih kurang 30 - 60 kali di seluruh 1Malaysia, dengan jumlah kenderaan yang di lelong antara lebih kurang 5000 - 100,000 unit pelbagai jenis, jenama, tahun keluaran samada yang sebelum ini telah di lelong, kini sedang di lelong dan yang akan di lelong pada masa-masa yang akan datang. Dan segala maklumat mengenai lelongan, dengan akses online anda merupakan antara orang yang pertama atau yang terawal mendapat info mengenai lelongan. Sekurang-kurangnya pada hari yang sama atau antara 1 ke 5 hari sebelum lelongan dibuat, anda telah mendapat info mengenai lelongan berkenaan. Semua maklumat mengenai lelongan dihujung jari anda yang boleh di akses dengan capaian internet. 
Antara yang dapat di akses secara online adalah mengenai jualan kenderaan lelong, seperti berikut:-
1. Sekurang-kurangnya alamat lengkap tempat-tempat lelongan di seluruh 1Malaysia
2. List/senarai kenderaan yang akan di lelong dengan maklumat lengkap seperti milik bank mana, no.plate kenderaan, no.enjin, no.casis, jenis kenderaan, jenama, tahun keluaran, tempat di lelong, tarikh/masa di lelong. Terdapat juga gambar kenderaan dalam beberapa posisi dan tertakluk pada penyediaan info/maklumat pengendali tempat lelongan berkenaan. 
3. Bukan hanya sekali atau satu tempat saja yang boleh di akses secara online malah semua tempat dan setiap kali lelongan diadakan.
4. Akses online memudahkan anda buat bandingan harga lelong dengan harga pasaran sebenar kenderaan yang di lelong.
5. Hanya apabila kenderaan yang anda kehendaki ada dan pada harga mengikut bajet kewangan anda, anda boleh terus ke tempat lelong berkenaan untuk buat pembelian
6. Di sebabkan berlakunya jualan kenderaan lelong secara serentak, samada 2 - 6 tempat yang dibuat pada hari/masa yang sama dan anda hanya ke tempat lelong dimana kenderaan yang anda kehendaki ada saja.
7. Segala info/maklumat mengenai proses atau syarat-syarat pembelian yang boleh anda akses lebih awal dari pembeli yang lain
8. Mengikut kemaskini yang di sediakan oleh pengendali tempat lelongan dan segala info/maklumat tertakluk pada perubahan dari masa ke semasa
Benarlah ungkapan bahawa segala-galanya kini di hujung jari tetapi bagi yang iq agak low, hanya sekadar jadi follower saja.
Dengan bimbingan EXCEL GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG