1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Jumaat

Tawaran

Tawaran harga murah dengan dakwaan kenderaan kereta lelong atau kenderaan lelong yang boleh dibeli tanpa perlu atau tidak perlu lalui proses lelongan atau melalui 'orang dalam' atau tawaran terus dari 'pegawai' agensi kerajaan tertentu atau melalui agen yang boleh 'cauntim' dengan orang dalam atau kenderaan yang ditawarkan oleh 'staf' tempat lelong atau tawaran terus dari jurulelong atau tawaran kenderaan dengan harga murah yang mengelirukan dengan dakwaan-dakwaan atau janji-janji luarbiasa. Ini merupakan Madus Operandi atau MO penjenayah yang menipu anda sebab pada pandangan penjenayah anda mudah di tipu dengan kenyataan-kenyataan 'bodoh'. Sepatutnya apa-apa yang anda terima wajar difikirkan secara rasional dan bukannya emosional atau mudah 'cair' dengan tawaran-tawaran berstatus 'bodoh'.  
Beberapa perkara yang wajar anda ketahui antaranya seperti berikut:-
1. Memiliki barang curi merupakan kesalahan jenayah, jika disabitkan kesalahan boleh didenda atau di penjara atau kedua-duanya sekali
2. Kebiasaannya kenderaan yang ditawarkan dengan harga murah adalah kenderaan curi atau kenderaan yang tak ujud atau sememangnya tiada
3. Pendedahan demi pendedahan melalui pelbagai media atau bahan percetakkan seperti yang dinyatakan melalui TV, Akhbar, Internet melalui carian perkataan 'kenderaan curi' dan sering kali pihak polis buat tangkapan penjenayah yang terlibat
4. Sedar diri siapakah anda yang diberikan tawaran kenderaan pada harga murah, adakah kerana anda bernasib baik atau sebenar-benarnya anda bernasib malang, selain hilang wang yang di belanjakan, kenderaan tak dapat malah yang anda dapat menginap di lokap untuk di soal siasat, melalui proses perbicaraan dimahkamah, di penjara jika disabitkan memiliki barang curi dan mendapat gelaran 'banduan'. 
5. Janganlah cuma nak yang murah dengan mudah tetapi maruah anda jadi cagaran sengsara sepanjang hayat.
Elakkanlah diri anda atau keluarga serta masyarakat sekitar anda terlibat dengan perkara-perkara yang tidak tahu hujung pangkalnya ini. 
Dengan bimbingan EXCEL GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG