lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Ahad

Pembeli

Pembeli kenderaan kereta lelong yang lakukan sendiri semua urusan atau proses pembelian kenderaan yang di lelong. Anda sebagai pembeli perlu masuk ke tempat jualan kenderaan lelong, dapatkan list/senarai lelongan, buat pemeriksaan/inspection pada kenderaan semasa di view pada hari lelongan dan hanya setelah anda berpuas hati pada keadaan serta harga mengikut bajet anda sendiri, barulah anda buat pembelian.  
Tiada apa-apa halangan untuk anda buat pembelian seberapa banyak kenderaan yang di lelong atau seberapa kerap untuk masuk ketempat jualan kenderaan lelong. Tiada apa-apa halangan malah ruang serta peluang terbentang untuk anda beli kenderaan terus di tempat jualan kenderaan lelong dan yang pentingnya anda beli pada harga lelong. 
Jika sebelum ini hanya penjual-penjual kenderaan terpakai / dealer usedcar yang buat pembelian kenderaan di tempat lelong dan jualkannya semula mengikut harga pasaran/market value serta dah lama buat kekayaan dengan keuntongan berkali-kali ganda. Kini pendatang dari pelbagai negara seperti pakistan, afrika, bangla dan lain-lain warga asing turut beli kenderaan yang di lelong, bukan untuk dibawa ke negaranya tetapi jualkan kenderaan yang dibeli pada warga tempatan khususnya pada orang-orang melayu. Warga asing boleh buat kekayaan dengan perniagaan kenderaan terpakai. Tak hairanlah nanti jika peribumi merempat di tanah tumpah darah atas kebodohan di tahap maksimum. Pendatang sanggup naik tongkang merentasi lautan demi mencari kekayaan di bumi bertuah ini tetapi peribumi terlalu selesa dengan subsidi dan asik dibuai dengan janji politik yang bodoh lagi memperbodohkan. 
Seiring dengan kecangihan teknologi terkini, segala maklumat mengenai jualan kenderaan lelong boleh di akses secara online. Kini semuanya di hujung jari anda, dengan capaian internet, segala maklumat mengenai jualan kenderaan lelong boleh di akses melalui telefon berinternet dan segala-gala maklumat mengenai lelongan di hampir 30 tempat seluruh Malaysia boleh di akses pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya alamat lengkap tempat lelongan dan terdapat tempat pengendali lelongan yang pamerkan gambar kenderaan yang akan dilelong yang boleh dilihat melalui telefon anda sebelum lelongan dibuat(tertakluk pada penyediaan tempat pengendali lelongan berkenaan). Jika anda memiliki telefon berinternet setakat install game, ber'facebook', tengok youtube tanpa menafaatkannya kearah lebih berfaedah, agak rugi sebab telefon yang anda beli dengan duit sendiri tidak memberikan apa-apa kebaikkan sebab sekadar jadi 'follower' ikut jerr dan bukannya jadi 'leader' memimpin diri sendiri untuk berjaya. Tak salah untuk bersosial dengan telefon berinternet tetapi jika itu saja kegunaannya, rugi sebab selain telefon kena beli, bil atau top-up kena juga duit. Berfikirlah secara positif untuk diri serta masa depan yang lebih baik dan pastikan hari ini lebih baik dari kelmarin serta esok lebih cemerlang.
Dengan bimbingan EXCEL GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG