1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Isnin

Tempat lelong

Tempat Lelong atau tempat jualan kenderaan lelong beroperasi di seluruh Malaysia. Lebih kurang 30 tempat atau store dan gudang kenderaan lelong samada berjadual tetap atau yang tidak berjadual secara tetap.
Perbezaan antara yang berjadual tetap dengan tempat yang tidak berjadual tetap adalah tarikh atau masa lelongannya. Terdapat tempat lelongan yang menjadualkan atau menetapkan tarikh lelongannya samada setiap minggu atau beberapa kali pada setiap bulan.
Kebiasaannya tempat jualan kenderaan lelong di pinggir bandar atau di kawasan yang agak luas samada tempat menyimpan kenderaan yang juga tempat lelongan di buat atau hanya tempat menyimpan kenderaan lelong saja.
Pandangan dari luar tempat kenderaan lelong hanya boleh nampak pagar zink seumpama kerja pembinaan sedang dibuat namun yang sebenarnya ianya adalah tempat jualan kenderaan lelong atau tempat penyimpanan kenderaan yang di tarik sebelum dijual secara lelong
Kawasan atau tempat penyimpanan kenderaan lelong yang dikawal sepanjang masa bagi mengelakkan kecurian yang sentiasa dalam pemantauan pihak polis disebabkan semua kenderaan yang di tarik oleh bank memerlukan laporan polis di buat sebagaimana kehendak undang-undang
Hanya pada hari lelongan atau semasa lelongan dibuat, pembeli dibenarkan masuk ke tempat jualan kenderaan lelong untuk buat pemeriksaan / inspection semasa kenderaan lelong di pamerkan / view sebelum pembelian kenderaan lelong dilakukan.
Tempat jualan kenderaan lelong juga terdapat berdekatan dengan pusat bandar atau tidak jauh dari bandar-bandar utama. Tempat jualan kenderaan lelong disekitar Lembah Klang samada 5 di Selangor dan 3 di Kuala Lumpur. jarak antara satu tempat dengan tempat lelong di antaranya 15 - 50 minit perjalanan dengan kenderaan biasa jika tanpa berlakunya kesesakkan jalanraya. 
Gudang atau store penyimpanan dan tempat jualan kenderaan lelong adalah berhampiran dengan laluan utama samada jalanraya 2 lorong atau jalanraya 4 lorong yang mudah dikunjungi
Walaupun berhampiran dengan laluan utama kebiasaannya agak sukar di ketahui tempat jualan kenderaan lelong kerana kurang atau langsung tiada apa-apa signboard/papantanda
Tempat jualan kenderaan lelong juga ada yang beroperasi berdekatan dengan kawasan perumahan atau taman perumahan namun walaupun begitu umum kurang atau langsung tidak ketahui tempat lelong berkenaan.
Samada pagar dari zink atau dengan binaan konkrik, tempat jualan kenderaan lelong dikawal rapi dan hanya dibuka pada umum pada hari lelongan diadakan saja
Walaupun kini tempat jualan kenderaan lelong yang beroperasi lebih kurang 30 tempat namun terdapat lebih kurang 10 - 15 tempat jualan kenderaan lelong telah ditutup
Tempat jualan kenderaan lelong bukannya tempat untuk buat lawatan atau kawasan yang untuk tengok-tengok atau servey, sekadar buat site visit dan untuk nak pastikan betul atau tidak ada jualan kenderaan lelong dibuat
Tempat jualan kenderaan lelong merupakan tempat perniagaan, milik syarikat persendirian dan hanya dibuka pada hari lelongan atau pada hari-hari tertentu semasa kenderaan lelong di pamerkan / view
Anda / Pembeli individu boleh masuk ke tempat jualan kenderaan lelong bagi tujuan untuk cari sendiri apa-apa kenderaan yang perlukan dan boleh terus beli kenderaan pada harga lelong 
Tiada apa-apa halangan bagi sesiapa pun untuk beli kenderaan yang di jual secara lelong dan beli kenderaan hanya di tempat jualan kenderaan lelong.
Proses pembelian kenderaan lelong hanya dilakukan di tempat jualan kenderaan lelong dan tidak dilakukan di luar kawasan tempat jualan kenderaan lelong
Tidak boleh buat pembelian kenderaan lelong tanpa lalui proses lelongan dan tidak boleh buat pembelian kenderaan lelong di luar kawasan tempat lelongan
Pembelian kenderaan lelong dilakukan sendiri oleh pembeli sebenar, pembeli perlu berada di tempat jualan kenderaan lelong dan beli kenderaan semasa lelongan dilakukan oleh jurulelong
Tiada agen, tiada broker, tiada mana-mana pihak yang boleh mewakili mana-mana pembeli yang sebenar atau buat pembelian kenderaan lelong bagi pihak orang lain. Namun bagi tujuan mendapatkan guide / panduan / bimbingan pembelian kenderaan lelong, pihak excel guide memberikan perkhidmatan mengenai proses dan prosedur asas pembelian kenderaan lelong. 
Dengan bimbingan EXCEL GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG