lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Ahad

Tempat

Tempat jualan kenderaan lelong terdapat hampir di seluruh Malaysia, jika 14 buah negeri dalam Malaysia iaitu 1 Wilayah Persekutuan dan 13 buah negeri tetapi tempat lelong yang berjadual terdapat 26 tempat serta yang tidak berjadual lebih banyak lagi. 
Tempat-tempat lelong kenderaan ini terdapat sekurang-kurangnya 1 di setiap negeri kecuali Terengganu Labuan Perlis Negeri Sembilan yang tidak berjadual tempat lelongannya. Lembah Klang terdapat 8 tempat lelong yang berjadual tetap iaitu 3 di sekitar Kuala Lumpur dan 5 di Selangor. 
Tempat-tempat jualan kenderaan lelong kebiasaannya di pinggir bandar sebab tempat penyimpanan atau store kenderaan yang agak luas. Terdapat store penyimpanan kenderaan dengan keluasan antara 2 - 4 padang bola. Jika dilihat dari luar sememangnya sukar diketahui tempat lelong kenderaan walaupun berdekatan jalanraya utama. 
Tempat penyimpanan kenderaan atau gudang lelongan kebiasaannya tempat yang sama buat jualan kenderaan lelong tetapi terdapat juga kenderaan di simpan di store yang berbeza atau lelongan dibuat di tempat lain dan lelongan tidak dibuat di mana kenderaan berada. 
Tempat jualan kenderaan lelong hanya dibuka pada hari lelongan atau pada hari kenderaan lelong dipamerkan / untuk 'view' dan pembeli boleh masuk pada hari-hari tertentu. Tempat lelong bukannya tempat lawatan atau untuk masuk bagi buat tinjauan. Tidak boleh masuk sesuka hati atau sekadar nak 'tengok-tengok', kawalan agak ketat bagi memastikan keselamatan atau kecurian pada kenderaan dalam store berkenaan. 
Dengan bimbingan EXCEL GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG