lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Rabu

Apa

Apa yang dimaksudkan dengan pembelian kenderaan lelong dan bagaimana nak beli kenderaan lelong. Walaupun telah berulang-ulang kali di jelaskan, kini dinyatakan seperti berikut: 
umumnya atau kebiasaannya kenderaan yang ditarik oleh bank sebab pemilik sebelum ini gagal buat bayaran ansuran bulanan, kenderaan berkenaan di tarik seterusnya dijual secara lelong 
apa saja jenama, jenis, keluaran samada kenderaan yang biasa-biasa atau berjenama mewah, gagal bayar ansuran bulanan, pihak bank dengan rasa penuh tanggungjawab berasaskan perjanjian yang telah dipersetujui sebelum ini, tarik kenderaan berkenaan dimana saja berada samada di tempat parking atau jumpa dimana saja dan pembeli berkenaan hilang hak atas kenderaan berkenaan sebab gagal bayar hutang.  
setelah lalui semua proses undang-undang, kenderaan dijual secara lelong dan anda sebagai pembeli individu boleh beli kenderaan pada harga lelong
pembelian kenderaan lelong hanya dilakukan di tempat jualan kenderaan lelong dan beli apa saja kenderaan pada harga lelong
apa-apa proses dan prosedur pembelian kenderaan lelong dilakukan sendiri oleh pembeli, tiada agen, tanpa broker dan hanya dilakukan oleh pembeli itu sendiri. Tidak boleh beli kenderaan lelong melalui mana-mana pihak atau melalui sesiapa atau mana-mana individu yang mendakwa 'orang dalam' dan pembelian kenderaan lelong dibuat atau dilakukan oleh pembeli itu sendiri, beli kenderaan semasa atau ketika lelongan dibuat. Tidak ujud 'pintu belakang' atau apa-apa pun pembelian kenderaan MESTI melalui proses lelongan. Perlu faham maksud lelong, ianya mengenai proses jualan dan jika di kaitkan dengan jualan atau kenderaan lelong, WAJIB melalui proses lelongan, tiada istilah 'countim', 'slowtalk' atau apa-apa cara yang 'luarbiasa'.
Dengan bimbingan EXCEL GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG