lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Sabtu

Jualan

Jualan kenderaan secara lelong, hanya berlaku di tempat lelong, pembelian dibuat semasa lelongan dan melalui proses serta prosedur yang di tetapkan. Apa-apa yang mengaitkan perkataan 'lelong', ianya dikehendaki melalui proses lelongan dan tidak di tawarkan terus oleh sesiapa atau mana-mana pihak tanpa proses jualan secara lelong. Jualan lelong di lakukan oleh jurulelong bertauliah atau yang di iktiraf oleh pihak berkuasa. Kebiasaannya jurulelong berada di pihak pengendali tempat lelongan, dimana pengendali tempat lelongan pula di lantik atau sebagai vendor iaitu pihak yang diberikan hak oleh legal owner / pemilik yang sah bagi kenderaan yang di lelong berkenaan. Legal owner kebiasaannya pihak bank, boleh dikatakan kebanyakkan bank-bank utama khususnya yang memberikan pinjaman kenderaan yang tarik kenderaan kerana peminjam / pemiliknya gagal buat bayaran hutang. 
Pelbagai prosedur bagi tarik kenderaan yang tidak bayar hutang, antaranya ialah laporan polis dibuat samada sebelum atau sesudah kenderaan di tarik. Jadi pemilik sebelum ini tiada lagi apa-apa hak atas kenderaan berkenaan serta tindakan mahkamah dibuat oleh pihak bank pada pemilik sebelum ini serta boleh menjadikan pemilik sebelum ini menjadi bangkrapsi jika hutang melebihi 30 ribu. Tiada sebab pemilik lama boleh buat tuntutan pada pemilik baru yang beli kenderaan berkenaan di tempat lelong.
Lelongline Resources guide services memberikan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan yang dijual secara lelong, sebagai pembeli, anda dikehendaki baca keseluruhan kandungan website lelongline ini, untuk pendaftaran hubungi 013255 2000