lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Sabtu

Perkhidmatan

Perkhidmatan / Services, panduan atau guide oleh Lelongline Resources adalah berkaitan perkara-perkara asas pembelian kenderaan yang dijual secara lelong. 2 cara perkhidmatan di sediakan samada anda di bawa ke tempat jualan kenderaan lelong atau anda hanya di berikan panduan akses online. Anda boleh buat pilihan hanya 1 dari 2 cara perkhidmatan setelah daftar dan bayar fees guide. Cara yang pertama, anda di tetapkan tarikh di bawa bersama sekali saja ke salah satu saja tempat jualan kenderaan lelong sekitar Lembah Klang samada di Selangor atau Kuala Lumpur, Pada hari lelongan di adakan, anda di bawa masuk ke tempat jualan kenderaan lelong, di berikan panduan memahami kenyataan pada list / senarai lelongan, panduan buat pemeriksaan / inspection pada kenderaan, panduan buat pembelian di dewan lelongan dan tindakan-tindakan samada sebelum, semasa dan setelah buat pembelian kenderaan lelong serta di berikan panduan akses online. Semua panduan bagi cara yang pertama ini diberikan semasa anda dibawa dan berada di tempat jualan kenderaan lelong.
Cara yang ke 2 pula, bagi yang berada di luar Lembah Klang serta tidak dapat datang untuk dibawa ke tempat jualan kenderaan lelong samada di Selangor atau di Kuala Lumpur, anda hanya diberikan panduan akses online. Akses online merupakan link-link web pengendali tempat lelongan atau pihak legal owner / bank, link-link web berkenaan yang memudahkan anda mendapat segala info mengenai lelongan. Sekurang-kurangnya alamat lengkap tempat lelongan, paparan list / senarai lelongan, paparan gambar kenderaan yang akan di lelong dan mengikut apa yang di sediakan oleh pengendali tempat lelongan. Link web ini juga antaranya ialah akses terus ke website bank dimana anda dapatkan terus info dari bank berkenaan. Info dari link-link web berfungsi sepanjang masa mengikut kemaskini / update oleh penyedia perkhidmatan atau pengedali tempat lelongan serta bank berkenaan. Bagi pembeli yang lebih advance, dengan akses online ini memudahkan dapat segala info mengenai lelongan sekurang-kurangnya pada hari lelongan atau 1 - 3 hari sebelum lelongan dibuat.
Lelongline Resources guide services memberikan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan yang dijual secara lelong, sebagai pembeli, anda dikehendaki baca keseluruhan kandungan website lelongline ini, untuk pendaftaran hubungi 0132552000