1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Khamis

Harga

Harga kenderaan lelong adalah merujuk pada list atau senarai lelong yang di edarkan di tempat jualan kenderaan lelong. Terdapat beberapa keadaan samada lebih tinggi, lebih kurang sama, lebih rendah dari harga pasaran atau kurang separuh, kurang satu pertiga atau kurang dari satu pertiga dari harga pasaran. Harga kenderaan lelong juga tidak merujuk pada apa-apa yang biasa seperti pendaftaran pada tahun yang lama lebih murah atau tahun yang baru lebih mahal dan kenderaan import mahal dari kenderaan tempatan sebagaimana harga kenderaan terpakai biasa. Harga hanya di tentukan oleh legal owner kebiasaannya pihak bank, jika ianya di tentukan berasaskan baki pinjaman atau apa-apa yang di tentukan oleh legal owner berkenaan, samada harga diturunkan bagi setiap kali kenderaan di lelong sebab bukannya semua kenderaan yang di lelong terjual semasa di lelong dan kenderaan di lelong berulang-ulang kali sehingga terjual. Jika pemilik kenderaan sebelum ini gagal bayar hutang dan hutangnya melebihi RM 30 ribu memungkinkannya di isytiharkan 'muflis' yang membolehkan apa saja asetnya seperti harta atau rumah di sita dan di lelong serta bank melalui undang-undang akan berusaha mendapatkan wangnya. Harga kenderaan lelong yang murah kebiasaannya pembelian dibuat dan jika harga kenderaan yang di lelong agak tinggi, pembelian tidak di buat.
Lelongline Resources guide services penyedia perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, sebagai pembeli anda dikehendaki baca keseluruhan kandungan website lelongline ini, untuk daftar serta bagi dapatkan penjelasan, CALL 013 255 2000