lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Selasa

Beli

Beli kenderaan baru atau terpakai melalui Bank Loan atau Hutang Bank atau syarikat pinjaman berlesen. Merupakan amalan biasa dan kebiasaannya dilakukan bagi beli kenderaan. Dan ini merupakan satu kemudahan bagi yang layak mendapatkan kenderaan melalui pembiayaan kewangan melalui bank atau syarikat kredit. Kelayakan mendapat pinjaman atau hutang mengikut standard tertentu antaranya berpendapatan tetap, ada cagaran atau ada penjamin serta bukti-bukti pendapatan mampu membayar balik.
Pihak bank memang memberikan pinjaman kerana ianya merupakan sumber perniagaannya, beri pinjaman dapat untong melalui kadar faedah/intrest bank dan dengan adanya pinjaman dibuat, bank dapat memberikan keuntongan pada simpanan pendeposit. Itu merupakan asas perniagaan bank. Untuk mendapatkan pinjaman bank, beberapa syarat ditetapkan antaranya ada slip gaji, cukai pendapatan, penyata kwsp, penjamin atau apa-apa yang berkaitan seperti ada loan perumahan atau simpanan tetap, aset atau harta. Apa-apa yang jadi syarat pinjaman adalah bagi memastikan hutang dapat dibayar oleh pemohon. Jadi anda cuma perlu tandatangan pelbagai borang yang di sediakan dan seterusnya bawa balik kenderaan idaman.
Beli kenderaan melalui pinjaman atau bank loan kebiasaannya beli kenderaan baru dengan tempoh bayaran balik pinjaman yang agak lama samada 9 - 10 tahun dengan menanggung kadar faedah/intrest yang agak tinggi. Condition kenderaan diluar kawalan untuk baiki apa-apa kerosakan diluar warranty secara langsung meletakkan pemilik dalam risiko gagal bayar hutang bank. Lebih serius jika beli kenderaan yang sememangnya kurang sesuai dengan keadaan jalanraya di Malaysia yang terdedah pada mudahnya berlaku kerosakan pada kenderaan. Bayangkan jika kenderaan alami kerosakan dan pada masa yang sama hutang bank juga perlu dibayar. Ini merupakan sebab kenderaan di tarik kerana gagal bayar hutang bank. Apa juga kenderaan yang gagal bayar hutang, ianya di tarik seterusnya dijual secara lelong.
Lelongline Resources guide services penyedia perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, sebagai pembeli anda dikehendaki baca keseluruhan kandungan website lelongline ini, untuk daftar serta bagi dapatkan penjelasan, CALL 0132552000