1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Selasa

Klon

Klon atau memiliki kenderaan yang dibuat pengubahsuaian khususnya pada nombor casis, dokumen serta semua maklumat kenderaan dipalsukan. Memiliki kenderaan klon atau kenderaan curi merupakan kesalahan jenayah, yang boleh di tangkap dimasukkan ke lokap untuk di soal siasat, seterusnya di hadapkan ke mahkamah bicara samada bayar denda atau di penjara atau ke dua-duanya sekali. Satu lagi kenderaan sambung bayar yang mengelirukan, kenderaan milik bank belum habis hutang dibuat urusniaga yang mengelirukan. Kebiasaannya kenderaan yang di tawarkan dengan harga yang murah atau terlalu murah, dakwaan kenderaan lelong kastam, lelong polis, lelong jpj atau apa-apa dakwaan berkaitan lelong tetapi pembelian dibuat tanpa ke tempat jualan kenderaan lelong. Tawaran-tawaran kenderaan dengan harga murah dari individu dengan dakwaan ada ''orang dalam", mungkin anda yang masuk ke dalam penjara kerana memiliki kenderaan curi atau kenderaan klon. 
Lelongline Resources guide services penyedia perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, sebagai pembeli anda dikehendaki baca keseluruhan kandungan website lelongline ini, untuk daftar serta bagi dapatkan penjelasan, CALL 0132552000