1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Ahad

Hak

Hak sebagai pengguna khususnya hak anda sebagai pembeli kenderaan yang dijual secara lelong. Bukan hanya setakat mahu kenderaan yang cantik pada harga murah tetapi lebih penting dari itu ialah kenderaan yang di beli mudah buat tukar nama. Kecuaian pembeli samada secara sengaja atau tidak sengaja atau tanpa pengetahuan dan lakukan sesuatu samada yang boleh menyebabkan wang dibelanjakan lesap atau terpaksa menanggung pelbagai kos luar jangka.
Bagi memastikan hak anda, amat penting ketahui pelbagai perkara atau tindakan yang sepatutnya anda lakukan bagi tujuan buat pembelian kenderaan lelong. Jangan ambil mudah tetapi ambil tahu apa yang sepatutnya anda lakukan samada sebelum buat pembelian, semasa buat pembelian dan setelah buat pembelian kenderaan lelong.
Jika anda sendiri yang cuai atau keliru pelbagai perkara mengenai pembelian kenderaan lelong, apa-apa kesilapan ada kos yang perlu di tanggung dan tanpa ketahui hak anda sebagai pengguna/pembeli, anda hanya bergantung pada nasib samada baik atau sebaliknya. Jika ketahui beberapa perkara atau tindakan yang sepatutnya dilakukan, urusan pembelian kenderaan lelong agak mudah dan tiada apa-apa risiko kerugian sebab anda boleh elak dari hadapi masalah setelah buat pembelian kenderaan lelong.
Lelongline Resources guide services adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline bagi dapatkan pelbagai info dan untuk daftar sms kan nama/no.kp ke 0132552000

Rabu

Lelong

Lelong kenderaan yang di tarik oleh bank kerana pemilik sebelum ini gagal bayar ansuran bulanan atau hutang bank. Apa saja kenderaan samada motosikal kereta van bas lori suv mpv atau sebagainya yang sebelum ini di beli melalui loan atau pinjaman bank, sebaik saja pemilik asalnya gagal bayar hutang 2 - 3 bulan, kenderaan berkenaan di tarik seterusnya di jual secara lelong dan anda sebagai pembeli individu boleh cari serta dapatkan kenderaan pada harga lelong.
Lelong pelbagai kenderaan yang dibuat di 24 tempat lelong seluruh Malaysia, sesiapa saja samada yang berpendapatan rendah, berjawatan tinggi, anda sebagai pembeli individu kini boleh dapatkan kenderaan mengikut keperluan kegunaan dan bajet kewangan anda sendiri serta beli kenderaan idaman pada harga lelong
Lelong kenderaan dilakukan secara terbuka, sesiapa saja boleh masuk ke tempat jualan kenderaan lelong. Pada hari-hari tertentu sebagaimana yang di tetapkan oleh pihak pengendali tempat jualan kenderaan lelong, anda perlu berada di tempat jualan kenderaan lelong
Lelong adalah cara jualan dibuat, agak berbeza antara jualan secara tender atau jualan yang dibuat oleh penjual kenderaan terpakai atau jualan yang dibuat secara direct oleh pemilik kenderaan berkenaan. Sebagai pembeli individu, anda sepatutnya ketahui pelbagai perkara berkaitan pembelian kenderaan lelong
Lelong juga yang berkaitan kenderaan dan menjadi tanggungjawab serta perlu anda lakukan ialah buat inspection/pemeriksaan pada kenderaan semasa kenderaan di 'view'/dipamerkan. Anda sendiri yang tentukan samada buat pembelian atau tidak, tiada mana-mana pihak yang bertindak sebagai agen, wakil, broker atau lakukan sesuatu bagi pihak anda. Tiada mana-mana pihak yang boleh tawarkan secara direct/terus pada anda apa-apa kenderaan pada harga lelong tanpa buat pembelian di tempat jualan lelong serta tidak lalui proses biasa pembelian kenderaan lelong
Lelong pelbagai kenderaan yang dibuat sebulan antara 40 - 60 kali di seluruh Malaysia, jualan kenderaan lelong terbanyak sekitar Klang Valley iaitu di Selangor dan Kuala Lumpur. Anda sendiri yang tentukan samada buat pembelian atau tidak setelah anda sendiri berpuas pada pada condition/keadaan kenderaan yang di jual secara lelong
Lelong di buat atau di kendalikan oleh jurulelong yang bertauliah, mengikut undang-undang dan proses serta prosedur yang standard di tetapkan. Kebiasaannya pembelian kenderaan dibuat hanya yang bersesuaian samada mengikut keperluan atau bajet kewangan. Bidding atau bidaan atau lawan harga hanya berlaku jika satu unit kenderaan mempunyai lebih dari seorang pembeli. Tetapi, walaupun jualan kenderaan dibuat secara lelong tetapi banyak juga kenderaan yang di lelong tidak terjual. Ini di sebabkan jika harga kenderaan agak tinggi samada lebih tinggi dari harga pasaran, harga lebih kurang sama dengan dengan harga pasaran, kenderaan berkenaan tidak terjual dan seterusnya kenderaan berkenaan di lelong berulang-ulang kali bagi lelongan berikutnya samada harganya di turunkan sehingga terjual. Pembeli yang buat pembelian kenderaan di tempat lelong hanya cari dan dapatkan kenderaan tertentu saja serta bukannya beli semua kenderaan yang di lelong. Anda juga sebagai pembeli individi boleh cari dan dapatkan kenderaan mengikut lifestyle/gayahidup dan dengan bajet kewangan anda sendiri serta beli kenderaan pada harga lelong
Lelongline Resources guide service adalah pihak menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline ini dan untuk dapatkan perkhidmatan sms kan nama dan no.k/p ke 013 255 2000

Harga

Harga kenderaan yang dijual secara lelong adalah hanya merujuk pada list atau senarai harga yang di edarkan di tempat jualan kenderaan lelong dan sebagai makluman awal terdapat juga pengendali tempat jualan kenderaan lelong yang paparkan list/senarai kenderaan dengan harga serta pelbagai maklumat kenderaan yang di lelong melalui lamanweb. 
Harga kenderaan yang di jual secara lelong adalah tidak boleh di rujuk selain dari yang di sediakan oleh pengendali tempat jualan kenderaan lelong. Tiada mana-mana pihak samada individu, syarikat atau sesiapa saja dan dalam bentuk apa saja samada secara bertulis atau secara lisan yang boleh menyatakan mengenai harga kenderaan yang di jual secara lelong. Lelongline Resources adalah pihak menyediakan panduan pembelian kenderaan lelong dan bukannya pihak yang menetapkan harga kenderaan yang di lelong. Namun dengan teknologi yang canggih kini, list/senarai harga kenderaan yang di jual secara lelong boleh dipaparkan melalui hanphone berinternet atau smartphone. Bagi mendapatkan panduan akses online, perlu daftar dengan sms kan nama serta no.kad pengenalan dan perlu buat bayaran fees bagi mendapatkan perkhidmatan sebanyak RM 2 ribu. Bayaran fees yang dibuat samada (1). Dibawa ke tempat jualan kenderaan lelong serta di berikan panduan akses online atau (2). Hanya diberikan panduan akses online. Bagi yang buat pendaftaran serta buat bayaran fees guide diberikan perkhidmatan dan yang tidak daftar serta tidak buat bayaran fees guide tidak diberikan apa-apa perkhidmatan. Dengan adanya panduan akses online, pembeli individu boleh terus atau secara direct dapatkan pelbagai info mengenai jualan kenderaan lelong melalui handphone berinternet yang di paparkan melalui lamanweb.
Harga kenderaan yang dijual secara lelong kebiasaanya di tetapkan oleh Legal owner atau pemilik yang sah kebiasaannya oleh pihak bank. Kebiasaannya kenderaan yang di tarik oleh bank di simpan dalam stor tempat pengendali jualan lelong, antara 1 - 3 hari sebelum jualan lelong dibuat legal owner bagi kenderaan yang akan di lelong akan keluarkan list/senarai harga kenderaan dan seterusnya pihak pengendali tempat jualan kenderaan lelong akan paparkan pada lamanweb serta cetak untuk diedarkan pada pembeli semasa masuk ke tempat jualan kenderaan lelong berkenaan. Namun, bagi kemudahan serta persediaan awal pembeli ketahui dimana kenderaan yang di kehendaki ada serta bagi sediakan bajet kewangan yang sesuai bagi membeli kenderaan yang di kehendaki, antara 1-3 hari sebelum lelongan dibuat list/senarai kenderaan telahpun boleh dipaparkan melalui handphone berinternet dengan melayari lebih kurang 15 link lamanweb.
Harga kenderaan yang dijual secara lelong yang dipaparkan di blog/lamanweb lelongline ini merupakan contoh dan bukan untuk rujukan serta tiada apa-apa kaitan dengan keadaan yang sebenarnya sebagaimana contoh pada paparan senarai harga di sebelah kiri. Harga kenderaan pada paparan sebelah kanan pula adalah harga kenderaan lelong yang sebenar dimana pada no.plat serta beberapa maklumat kenderaan/motor di pudarkan bagi melindungi hak pravisi pembeli nanti. Dimana harga kenderaan yang disenaraikan oleh pengendali tempat jualan kenderaan lelong pada list/senarai antaranya memaparkan no.lot, no.plate, jenama, cc, tahun di daftarkan, no. casis, no.enjin serta pelbagai maklumat lengkap yang berkaitan kenderaan yang di lelong. Anda sebagai pembeli individu hanya diberikan panduan akses online setelah daftar serta buat bayaran fees guide dan list/senarai harga kenderaan boleh dipaparkan melalui handphone berinternet lebih kurang 24 tempat lelong serta sebulan antara 50-60 kali jualan kenderaan lelong seluruh Malaysia yang boleh di akses melalui lamanweb.
Lelongline Resources guide services memberikan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan yang dijual secara lelong, sebagai pembeli, anda dikehendaki baca keseluruhan kandungan website lelongline ini, untuk pendaftaran hubungi 0132552000