1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

MACAM MANA

Macam mana - soalan yang bertanyakan cara untuk buat pembelian kenderaan lelong atau nak buat macam mana untuk beli kenderaan lelong. Macam mana juga mungkin bermaksud cara pembelian atau apa yang diperlukan bagi membolehkan anda / pembeli buat pembelian kenderaan lelong. Apa pun yang dimaksudkan dengan soalan macam mana, dapatlah saya jelaskan dan ianya mungkin dapat memberikan gambaran yang agak jelas pada anda.
Jika pembelian kenderaan secara direct dengan owner atau terus pada pemilik sebenar kenderaan yang dibeli, hanya perlukan pembeli berurusan terus dengan penjual atau pemilik kenderaan berkenaan. Apabila buat pembelian dengan dealer usedcar, semua urusan diuruskan oleh penjual kenderaan berkenaan dan pembeli dapat kenderaan setelah semua urusan selesai samada secara bayaran bulanan atau dengan cash.
Untuk pembelian kenderaan di tempat jualan kenderaan lelong, ianya melalui beberapa proses dan prosedur yang ditentukan. Antaranya melalui semua proses biasa yang ditetapkan antaranya mendapatkan list / senarai harga atau senarai kenderaan yang dilelong, hanya senarai lelongan yang diedarkan di tempat lelong, dihari lelongan diadakan dan senarai lelongan kenderaan berkenaan saja yang dirujuk bagi tujuan pembelian kenderaan lelong. Inspection atau buat pemeriksaan pada kenderaan yang hendak dibeli, merupakan perkara yang diwajibkan pada pembeli sepatutnya dilakukan. Daftar sebagai pembida yang sah bagi tujuan buat pembelian kenderaan yang dilelong, jika kenderaan yang harga lelongannya RM 100 ribu dan kebawah, RM 1,550 perlu disediakan bagi tujuan mendapatkan satu kad bidaan, jika pembeli berjaya buat pembelian, RM 1,550 bayaran dibuat dimana RM 500 sebagai bayaran  pada tempat lelongan, RM 50 untuk bayaran GST dan RM 1,000 adalah sebahagian daripada bayaran kenderaan berkenaan. Jika pembeli gagal buat pembelian, bayaran RM 1,550 berkenaan dipulangkan kesemuanya  sertamerta. Pemulangan wang RM 1,550 juga dibuat atas beberapa sebab walaupun telah berjaya buat pembelian kenderaan. Tetapi untuk dapatkan perkhidmatan bimbingan / guide service, pembeli perlu buat bayaran perkhidmatan / fees guide sebanyak RM 2,000 dan bayaran fees guide ini bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan, tidak dikembalikan, dibuat hanya sekali saja dan tidak termasuk harga kenderaan yang dibeli. Bayaran RM 1,500 dan RM 2,000 adalah dua bayaran yang berbeza, dimana bayaran RM 1,550 bagi tujuan buat pembelian kenderaan, bayaran RM 1,500 ini juga dibuat setiap kali atau bagi setiap unit kenderaan yang hendak dibeli, jika satu unit bayarannya RM 1,550, jika 2 unit RM 3,100 ( jika kenderaan yang hendak dibeli melebihi RM 100 ribu, depositnya RM 5,550 atau mengikut yang ditetapkan oleh tempat pengendali lelongan berkenaan ) dikembalikan jika tidak berjaya buat pembelian kenderaan. Dan bayaran RM 2,000 adalah bagi tujuan dapatkan perkhidmatan panduan / guide service yang tidak dikembalikan dan bayaran dibuat hanya sekali saja. Untuk masuk ke tempat jualan kenderaan lelong, tidak perlu buat apa-apa bayaran / free entrance, hanya apabila anda perlukan guide service, perlu daftar dengan smskan nama /no.kad pengenalan dan buat bayaran fees service sebanyak RM 2,000. 
Pelbagai perkara mengenai jualan kenderaan lelong sepatutnya anda ketahui antaranya ialah list / senarai lelongan yang juga disebut sebagai list / senarai harga kenderaan lelong, perkara yang perlu anda fahami kandungan catatan yang dinyatakan pada list / senarai harga kenderaan lelong berkenaan. Pelbagai perkara yang perlu diberikan perhatian pada list / senarai harga berkenaan, yang berkaitan dengan kenderaan potong, tiada dokumen, saman tertungak, gangguan nombor casis / enjin, mengenai A/P, kelulusan terhad, tiada geran, kad pengenalan atau apa-apa dokumen pengenalan diri yang tiada dan pelbagai perkara yang berkaitan dengan pelbagai agensi seperti JPJ, Puspakom, Polis, Kastam dan pelbagai lagi. List / senarai harga berkenaan merupakan rujukan utama, namun terdapat kenyataan yang jelas, samar-samar dan terdapat juga yang lansung tidak diketahui oleh anta / pembeli.  Inspection atau buat pemeriksaan pada kenderaan yang hendak dibeli bagi memastikan kenderaan dalam condition/keadaan sebagaimana yang sepatutnya iaitu mengenai pendaftaran dan anggaran perbelanjaan yang munasabah jika perlu dibaiki serta berkaitan beberapa perkara yang perlu dipastikan sebelum buat pembelian. Anda sendiri perlu lalui atau ikuti proses jualan / pembelian kenderaan secara lelong di dewan atau tempat lelongan dibuat. Pada proses ini, anda / pembeli perlu pastikan patuhi peraturan sebelum buat pembelian, daftar sebagai pembida yang sah dengan buat bayaran RM 1,550 dan anda / pembeli sepatutnya ketahui tindakan yang sepatutnya dibuat sebelum, semasa dan setelah buat pembelian kenderaan lelong. Apa-apa kesilapan atau anda / pembeli lakukan tanpa pengetahuan, ianya dianggap sebagai kecuaian yang disengajakan dan boleh mengakibatkan kerugian atau wang dibelanjakan 'hilang' begitu saja. Penting anda / pembeli ketahui proses dan prosedur asas pembelian kenderaan lelong.
Pembelian kenderaan yang dijual secara lelong begitu mudah tetapi disebabkan kurang atau langsung tiada pengetahuan mengenainya dan anda / pembeli tidak dapat buat pembelian kenderaan yang dilelong. Pengetahuan bukan setakat tahu tempat, beli kenderaan pada harga yang murah dan mengharapkan orang atau mana-mana pihak beritahu apa yang sepatutnya dibuat dengan percuma atau secara sukarela dan dengan free saja. Jualan dan pembelian kenderaan secara lelong telah dibuat lebih kurang 30 tahun yang lalu namun ianya hanya di monopoli oleh dealer usedcar atau penjual-penjual kenderaan terpakai saja. Ini menjelaskan bahawa kebanyakkan penjual-penjual kenderaan terpakai seluruh Malaysia dapat kenderaan di tempat jualan kenderaan lelong pada harga lelong dan jualkannya semula pada pengguna dengan harga pasaran. Kenderaan lelong adalah mengenai perniagaan, bukan mengenai maklumat umum atau yang mudah diketahui, mungkin satu dua tempat lelong mudah diketahui tetapi proses dan prosedur asas tentang pembelian kenderaan lelong agak sukar di ketahui. Untuk nak dapatkan info / maklumat mengenai jualan / pembelian kenderaan lelong memerlukan komitmen anda / pembeli dan bayaran fees guide perlu dibuat, jika hanya berangan-angan, mengharapkan semuanya free, terlalu fobia dengan urusan niaga di internet dan sekadar bertanya 'macam mana' - kini anda boleh direct / buat pembelian terus kenderaan di tempat jualan kenderaan lelong.
TERKINI - Berikutan penguatkuasaan GST pada 01/04/2015, bayaran bagi mendapatkan kad bidaan telah berubah, jika sebelum ini bagi kenderaan di bawah RM 100 ribu, kad bidaan perlu dibayar sebanyak RM 1,500 dan selepas 01/04/2015, bayaran yang perlu dibayar sebanyak RM 1,550.00 serta ianya tertakluk pada perubahan atau pindaan dari masa kesemasa