1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

BIDAAN



kenderaan kereta lelong - lawan harga, istilah dalam pembelian kenderaan lelong disebut sebagai bidaan. Pembeli disebut sebagai pembida, semasa jualan lelong, jika pembeli ingin membeli mana-mana unit kenderaan ianya disebut sebagai membida. Kebiasaannya jurulelong akan menyebut lot kenderaan yang akan dilelong, maklumat kenderaan berkenaan, reserve price/harga yang ditetapkan dan pembeli yang berminat dengan lot kenderaan berkenaan akan mengangkat kad bidaan sebagai bersetuju untuk buat pembelian. Dan jika pembeli tidak berminat dengan lot kenderaan berkenaan, tidak ada apa-apa tindakan dibuat dan hanya buat pembelian pada lot kenderaan yang dikehendaki saja. Kenderaan yang dilelong biasanya ditandakan/diletakkan nombor lot dan nombor lot ini digunakan dalam proses jualan lelong kenderaan berkenaan. Anda sebagai pembeli perlu ketahui istilah-istilah yang digunakan dalam proses jualan/pembelian kenderaan lelong.
Lawan harga atau bidaan hanya/akan berlaku jika lot kenderaan yang dilelong dikehendaki lebih dari seorang dan lawan harga/bidaan adalah proses biasa semasa jualan kenderaan lelong. Kenaikkan harga ditetapkan samada RM 200, RM 500 atau RM 1000 mengikut nilai tertentu. contoh kenderaan dibawah RM 20 ribu, setiap kenaikkan ialah RM 200, bagi kenderaan lebih RM 20 - RM 50 ribu kebawah setiap kenaikkan ialah RM 500 dan RM 50 ribu keatas setiap kenaikkan ialah RM 1000 ( tertakluk pada perubahan semasa ). 
Lawan harga mungkin jadi fobia dikalangan pembeli terutamanya anda yang tidak pernah langsung buat pembelian kenderaan lelong. Bagi menjelaskannya, walaupun proses jualan kenderaan lelong ianya biasa berlaku lawan harga namun terdapat banyak juga unit kenderaan yang tidak dibeli semasa kenderaan berkenaan dilelong. Secara logiknya, pembeli hanya beli kenderaan yang dikehendaki, sebagai contoh jika pembeli nakkan kereta toyota camry, jika kereta myvi yang dilelong, pembeli berkenaan takkan beli sebab dia nakkan toyota camry. Ini menyatakan keadaan sebenar tempat lelong kenderaan, pembeli hanya beli kenderaan yang diperlukan saja. Agak 'lawak' atau luarbiasa jika seorang pembeli nakkan semua kenderaan yang dilelong, myvi dia nak, vios dia nak, lori dia nak, bas dia nak dan semua kenderaan yang dilelong dia nak. Walaupun dealer usedcar/penjual kenderaan terpakai buat pembelian kenderaan agak banyak, tetapi berapa unit yang dia nak? 100 unit, 1000 unit atau berapa.  Jumlah kenderaan yang dilelong biasanya antara lebih kurang 20 - 1000 unit dan kadang-kadang sampai lebih kurang 2000 - 3000 seminggu atau sebulan di semua tempat lelong seluruh Malaysia. Ada tempat lelong yang buat lelongan secara tetap setiap minggu, pada hari yang ditetapkan dan terdapat puluhan ribu unit pelbagai kenderaan dalam stor penyimpanan yang perlu dijual secara lelong.  Realitinya ialah bukan soal lawan harga tetapi kenderaan apa yang diperlukan dan berapa bajet yang ada dan beli kenderaan yang diperlukan berasaskan bajet.
Jadi jika anda terlalu fobia, takut yang teramat sangat tentang lawan harga, sekadar buat pelbagai andaian tentang lawan harga dan dengan andaian-andaian itu anda jadi takut untuk buat pembelian kenderaan lelong. Jika terlalu  berfikiran negetif dan tidak berusaha mendapatkan maklumat atau pendedahan keadaan yang sebenar, anda hanyalah berangan-angan dan buang masa saja.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan blog/website www.lelongline.com dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG