1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Isnin

Hutang

Hutang bank atau bank loan bagi tujuan beli kenderaan, pelbagai tawaran 'luar biasa' diberikan oleh promoter atau jurujual, tawaran lebih 'gila2' diberikan oleh agen yang bertindak sebagai penjual yang jadi perantaraan antara pihak bank dan pembeli. Pelbagai promosi di berikan antaranya 'down payment' tidak perlu, gaji yang rendah juga layak buat pinjaman dan lebih 'menyedihkan' ada pihak yang sanggup buat dokumen sokongan bagi tujuan buat bank loan / pinjaman bank seperti slip gaji palsu, penyata kwsp yang di palsukan dan pelbagai cara dibuat bagi melayakkan bank loan / pinjaman bank dibuat. 
Ini antara sebab kenderaan yang di beli gagal di bayar, kenderaan di tarik setelah gagal bayar ansuran bulanan dan seterusnya di jual secara lelong. Pemilik kenderaan berkenaan di kenakan pelbagai tindakan undang-undang sehingga di istiharkan muflis yang terpaksa menanggung pelbagai kesengsaraan hidup. Logiknya jika down payment pun tak mampu dibuat bagaimana nak bayar ansuran bulanan pinjaman bank. Kadar faedah atau intrest bank lebih tinggi jika langsung tidak bayar down payment. Dengan keadaan tekanan kos sara hidup serta perbelanjaan yang tinggi, agak sukar merancang pengurusan kewangan peribadi. Jadi elak dari buat pinjaman atau jika terlalu memerlukan buat pinjaman dengan kadar yang rendah risikonya. Beli kenderaan yang di jual secara lelong dimana anda mampu merancang bajet kewangan dan kenderaan yang bersesuaian dengan keperluan anda sendiri.
Lelongline Resources adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, anda di kehendaki baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline ini dan untuk dapatkan info lanjut CALL 013 2552000