1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

AUCTION

AUCTION

Auction - vehicle cars auction / jualan kenderaan lelong yang berkaitan dengan proses dan prosedur asas penjualan / pembelian kenderaan lelong. Pelbagai info / maklumat mengenai tentang cara jualan / pembelian kenderaan lelong perlu diketahui sebelum anda / pembeli buat pembelian kenderaan lelong. Singkatan kata, istilah, pelbagai kenyataan yang kurang atau tidak diketahui serta tindakan yang sepatutnya dilakukan. Antara perkara yang berkaitan proses dan prosedur asas penjualan / pembelian kenderaan lelong.  Antara yang biasa digunakan dalam proses dan prosedur asas jualan / pembelian kenderaan lelong, adalah seperti berikut:

Rumah Lelong / Auction house / Auction Warehouse - yang menyatakan tempat lelongan atau stor / gudang penyimpanan dimana lelongan dibuat atau hanya tempat lelongan atau tempat penyimpanan serta lelongan dibuat ditempat yang sama. Terdapat penyimpanan kenderaan ditempat yang berbeza dengan tempat lelongan dibuat, kenderaan di letakkan ditempat lain dan lelongan dibuat tempat yang berbeza. 

Legal owner - yang bermaksud pemilik yang sah atau pihak yang berhak keatas kenderaan yang dilelong, kebiasaannya adalah pihak bank dan terdapat juga kenderaan yang dilelong adalah dari pelbagai pihak samada dari agensi kerajaan, badan berkanun, pihak berkuasa, badan korperat, syarikat kredit, bank, dealer usedcar, individu dan pelbagai pihak yang merupakan pemilik yang sah bagi kenderaan yang dilelong. 

Jurulelong dan pembantu jurulelong - Orang yang buat lelongan dan pembantu dalam proses lelongan kenderaan dibuat. Jurulelong bertauliah yang buat lelongan, proses jualan lelong dikendalikan sepenuhnya oleh jurulelong dan yang menentukan harga jualan serta pembeli yang berjaya bagi proses jualan lelong.

Pendaftaran - bagi tujuan buat pembelian kenderaan lelong, anda / pembeli perlu buat pendaftaran sebagai pembida yang sah. RM 1,530 bagi kenderaan yang harga lelongannya dibawah RM 100 ribu dan RM 5,530 atau mengikut apa ditetapkan oleh tempat lelongan berkenaan bagi kenderaan melebihi RM 100 ribu. Jika anda bercadang beli kenderaan dibawah RM 100, deposit RM 1,530 perlu disediakan bagi tujuan daftar sebagai pembida yang sah. Setiap pendaftaran sebagai pembida yang sah dikaunter atau buat bayaran secara online di tempat lelongan dibuat, anda / pembeli di berikan kad bidaan atau ID pembida dan dengan kad bidaan atau ID pembida berkenaan anda layak buat pembelian / bidaan kenderaan semasa kenderaan berkenaan dilelong. Jumlah bayaran daftar sebagai pembida adalah tertakluk yang ditetapkan oleh pihak pengendali tempat lelong berkaitan, perubahan bayaran atau apa-apa pindaan mengenainya di maklumkan mengikut perubahan semasa. Bayaran pendaftaran sebagai pembida ini di kembalikan semula jika anda gagal buat pembelian mengikut tempoh masa yang di tetapkan oleh pihak berkaitan

Lot - Kenderaan yang dilelong diberikan nombor lot dan no.lot berkenaan digunapakai dalam semua urusan jualan / pembelian kenderaan lelong. No. lot adalah berkaitan kenderaan yang dilelong, samada hanya no.lot disebut semasa dilelong atau beberapa maklumat yang lain kenderaan juga dinyatakan semasa lelongan dibuat dan ianya mengenai no.lot kenderaan yang dilelong.

List / senarai kenderaan lelong - yang menyatakan segala maklumat atau sebahagian saja maklumat mengenai kenderaan yang dilelong. List / senarai kenderaan lelong ini juga disebut sebagai list / senarai harga kenderaan lelong. Pada list / senarai ini adalah menyatakan pelbagai maklumat dan no. lot merupakan perkara pertama dinyatakan. Pelbagai info / maklumat yang dinyatakan pada list / senarai lelongan, namun ianya samada secara terang. samar-samar atau yang lansung anda / pembeli tak faham atau yang tak jelas / tak ketahui. Serta terdapat maklumat semasa yang sepatutnya anda ketahui dan jika anda / pembeli buat pembelian tanpa ketahui apa-apa mengenainya, ianya dianggap sebagai kecuaian yang disengajakan dan anda / pembeli yang perlu menanggung risiko atau kerugiannya.

'As is, Where is' - jualan kenderaan dimana dalam keadaan seadanya, iaitu kenderaan yang dilelong sebagaimana keadaan sebenarnya dan anda / pembeli sendiri boleh tentukan samada mahu atau tidak beli kenderaan berkenaan. Kenyataan kenderaan tertentu dinyatakan atau apa yang boleh dilihat keadaan sebenar kenderaan yang dlelong.

Bida - Bida adalah berkaitan cara jual / beli bagi kenderaan lelong yang mengikut undang-undang yang sah. Bida bagi jurulelong adalah menyebut harga lelongan dan bida bagi pembeli adalah buat pembelian. Membida atau buat bidaan adalah proses pembelian kenderaan yang dilelong.

Sold atau jual - merupakan perkataan dari jurulelong yang mengesahkan pembelian yang dibuat dan mengesahkan pembeli yang berjaya. 

Reserve price - adalah harga permulaan yang digunakan semasa lelongan dibuat dan terdapat berlaku pindaan mengenai harga yang dibuat, tertakluk pada jurulelong untuk menurunkan harga kenderaan yang dilelong atau apa-apa info / maklumat mengenai kenderaan yang akan dilelong. Lawan harga hanya berlaku apabila terdapat satu unit kenderaan yang di bida lebih dari seorang. Namun kebiasaannya berlaku terdapat kenderaan yang dilelong tidak dibeli dan tertakluk pada keadaan samada kenderaan berkenaan dilelong semula di turunkan lagi harganya. 

Lelongan semula - terdapat kenderaan yang dilelong tidak dibeli, kenderaan yang dibeli diserahkan kembali dan lelongan semula dibuat atas permintaan pembeli. Namun terdapat juga kenderaan pada harga lelong melebihi RM 100 ribu yang tidak dibuat lelongan semula dan pembelian hanya boleh dibuat pada lelongan pertama saja. 

Notis lelongan - terdapat tempat lelongan yang membuat notis lelongan melalui pelbagai media. Juga yang menyedia info / maklumat lelongan secara atas talian ( online ) dan hanya kenyataan ( list / senarai lelongan ) yang bercetak digunapakai dan yang diedarkan ditempat lelongan dibuat. Apa-apa kenyataan ( list / senarai lelongan ) selain dari apa yang diedarkan ditempat/hari lelongan adalah tidak digunapakai.

Inspection - yang bermaksud pemeriksaan pada kenderaan yang hendak dibeli, dibuat sendiri oleh anda / pembeli. Masa yang sepatutnya di ambil oleh anda / pembeli bagi tujuan buat pemeriksaan / inspection pada kenderaan yang hendak dibeli. Inspection / pemeriksaan pada kenderaan yang hendak dibeli merupakan perkara yang wajib dibuat / dilakukan oleh anda / pembeli sebelum buat pembelian. 

Kontrak - Dokumen yang sah yang pertama yang ditandatangani oleh anda / pembeli, merupakan pengesahan anda / pembeli telah berjaya buat pembelian. Pelbagai perkara dimaklumkan pada surat kontrak berkenaan dan tempoh tertentu bagi tujuan buat bayaran serta pelbagai yang berkaitan pembelian.

Pengesahan status kenderaan - terdapat tempat lelong yang berikan maklumat mengenainya dan ada tempat lelong yang tidak berikan apa-apa makluman tentang buat pengesahan status kenderaan. Namun, anda / pembeli perlu ketahui apa yang sepatutnya anda lakukan tentang pengesahan status kenderaan yang dibeli.

Full payment - buat bayaran keseluruhan kenderaan yang dibeli, pada tempoh tertentu samada 3 5, 7, 10, 14 hari atau apa-apa yang ditetapkan oleh legal owner yang berkaitan.

Dokumen - Dokumen kenderaan ianya mengenai geran, salinan kad pengenalan pemilik lama, borang JPJ3 ( tukar nama ), surat pembatalan tuntutan bank dan pelbagai dokumen diserahkan sebaik saja anda / pembeli buat bayaran full payment.

Keluarkan kenderaan dari stor penyimpanan - ambil kenderaan dari stor tempat lelong, kenderaan yang anda beli boleh diambil dari tempat penyimpanan / stor. 

Tukarnama- proses buat tukarnama dilakukan sendiri oleh anda / pembeli dan kebiasaan diuruskan oleh pihak agen insuran. Apabila buat tukarnama, insuran perlu dibeli atas nama anda, dimana kebiasaannya agen jual insuran yang mudah ditemui dihadapan pejabat-pejabat JPJ yang uruskan bagi pihak anda bagi tujuan pembatalan tuntutan bank dan buat tukarnama ( tertakluk pada kesesuaian dan keadaan semasa ). Namun dalam keadaan tertentu, proses tukarnama kenderaan yang melibatkan pegawai bank dan proses buat tukarnama ditentukan dalam tempoh yang ditetapkan dan anda / pembeli perlu pastikan mengikut apa yang ditetapkan, lebih cepat lebih baik untuk buat tukarnama. Proses tukarnama juga dibuat secara online di mana anda hanya perlu cop jari dimana-mana pejabat JPJ berdekatan setelah legal owner atau pemilik yang sah kebiasaannya wakil pihak bank lakukan proses yang sepatutnya di pihaknya. Apa-apa urusan berkaitan tukarnama adalah perlu dapatkan info dari legal owner atau merujuk pada tempat lelong berkaitan. 

Loan - pembelian melalui bank loan / pinjaman bank, untuk buat bank loan, anda / pembeli sendiri perlu buat semakkan dengan pihak bank 2 perkara, kelayakkan anda dapat loan dan jumlah ( R M ) yang anda layak berdasarkan bukti pendapatan anda. Kebiasaannya pembeli buat personal loan dan buat bayaran kenderaan lelong yang dibeli secara cash / tunai setelah dapat personal loan.

Re-finance - pembiayaan semua dengan mencagarkan kenderaan yang dibeli, ianya melalui proses biasa dengan pihak bank atau syarikat kredit dan tertakluk pada syarat yang ditetapkan oleh pihak bank / syarikat kredit.   

Kenyataan yang dinyatakan ini adalah mengikut perubahan dari masa kesemasa dan tertakluk pada apa-apa pindaan serta segala yang ditentukan oleh legal owner atau pemilik yang sah bagi kenderaan yang dilelong.

Anda / pembeli perlu ketahui pelbagai perkara mengenai proses sebelum, semasa dan setelah buat pembelian kenderaan lelong iaitu samasa anda masuk ke tempat lelong. Menjadi tanggungjawap anda sendiri untuk ambil tahu atau ketahui pelbagai info / maklumat mengenai proses dan prosedur pembelian kenderaan lelong, tiada mana-mana pihak atau individu membantu atau melakukan atau bertindak bagi pihak anda dalam proses pembelian yang dibuat. Proses dan prosedur adalah tertakluk pada perubahan-perubahan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian semasa atau yang di tetapkan oleh legal owner atau yang di tetapkan oleh pengendali tempat lelongan berkenaan. Panduan Akses Online iaitu link-link lamanweb memudahkan anda dapatkan pelbagai info mengenai jualan kenderaan lelong melalui handphone berinternet. Sms kan nama/no.kad pengenalan untuk buat pendaftaran bagi dapatkan Panduan Akses Online dan hanya setelah buat bayaran fees guide RM 2 ribu atau RM 3,000 serta pengesahan bayaran yang telah dibuat, anda di berikan Panduan Akses Online.  Anda di kehendaki buat pengesahan setelah menerima Panduan  Akses Online dan info atau maklumat lisan dinyatakan mengenai proses dan prosedur asas pembelian, HANYA setelah anda hubungi pihak Lelongline Resources bagi tujuan pengesahan menerima Panduan Akses Online dan di berikan info atau maklumat lisan mengenai proses dan prosedur asas pembelian kenderaan lelong, hanya pada ketika menerima Panduan Akses Online berkenaan saja. Samada hanya menerima Panduan Akses Online atau tanpa di berikan info atau maklumat lisan mengenai proses dan prosedur asas pembelian kenderaan lelong ianya tertakluk pada bayaran fees guide/service yang dibuat.