lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

KENAPA

KENAPA
1 - Perlu buat bayaran fees guide 
2 - Perlu dapatkan guide service
TAK BOLEH 
1 - Berikan alamat lengkap tempat kenderaan lelong
2 - Pembeli masuk sendiri ke tempat jualan kenderaan lelong
2 soalan popular iaitu "kenapa" dan "tak boleh" yang berkaitan guide dan tempat. Kebiasaannya soalan berkenaan ditanya oleh pembaca website ini yang kurang atau langsung tidak baca kandungan website lelongline ini. Sebaik saja dapat nombor telefon, terus CALL tanpa baca kandungan website, Call dan tanya soalan-soalan dimana jawapan pada soalan yang ditanya telahpun dijelaskan berulang-ulang kali di website ini. Oleh kerana 2 soalan mengenai guide dan tempat lelong ditanya berulang-ulang kali begitu popular, di jelaskan mengenainya supaya pembaca website ini tidak lagi keliru.
Kenapa perlu buat bayaran fees guide dan kenapa perlu dapatkan guide service, 2 soalan yang begitu berkaitan dan dijelaskan supaya dapat memberikan gambaran yang sebenar. Untuk masuk ke mana-mana tempat jualan kenderaan lelong, anda pembeli tidak perlu buat apa-apa bayaran untuk masuk ke tempat jualan kenderaan lelong. HANYA apabila anda memerlukan guide service atau perkhidmatan bimbingan pembelian kenderaan lelong, anda perlu buat bayaran fees guide. Dimana bayaran fees guide hanya bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan bimbingan / guide service, tidak dikembalikan semula dan bukan sebagai bayaran kenderaan lelong yang dibeli. Anda perlu dapatkan guide service / perkhidmatan bimbingan pembelian kenderaan lelong disebabkan pelbagai perkara yang perlu anda ketahui dan lakukan bagi tujuan pembelian kenderaan lelong. Dimana pembelian kenderaan lelong bukan hanya mengenai tempat iaitu bagi menjawab soalan tak boleh kerr berikan alamat lengkap tempat kenderaan lelong dan tak boleh kerr pembeli masuk sendiri ke tempat jualan kenderaan lelong. Tiada halangan untuk pembeli masuk sendiri ke tempat jualan kenderaan lelong, sekiranya pembeli berkenan tahu mana-mana tempat jualan kenderaan lelong atau cari sendiri mana-mana tempat jualan kenderaan lelong dan boleh terus masuk sendiri, pembeli perlu cari tempat lelong sendiri, masuk sendiri tanpa perlu buat apa-apa bayaran pada sesiapa dan buatlah semua sendiri.
Tetapi jika tempat jualan kenderaan lelong tak tahu, bagaimana pula nak buat pembelian kenderaan lelong dan jika sekadar nak tahu macam-macam dengan percuma, mungkin kaunter pertanyaan dimana petugas dibayar gaji pun tak mampu nak jawap semua soalan, lebih-lebih lagi yang melibatkan perniagaan dan mengenai proses serta prosedur asas jualan kenderaan lelong. Terdapat juga pandangan atau komen yang dipaparkan di internet, yang mencadangkan supaya pembeli yang nak beli kenderaan lelong, masuk jerr tempat lelong dan jika ada apa-apa nak tahu, tanyakan saja orang-orang yang ada disitu. Ini merupakan cadangan atau pandangan yang kurang bijak dan lansung tidak membantu. Di tempat jualan kenderaan lelong ada pekerja, dimana pekerja berkenaan bukannya sempat atau tidak ada masa pun nak beritahu macam-macam tentang pembelian kenderaan lelong, lagi pun jika beritahu 'banyak' sangat, nanti kenderaan yang di lelong tidak dibeli dan tempat lelong berkenaan tidak boleh buat perniagaan. Jika nak bertanyakan antara sesama pembeli yang berada di tempat lelong, ini satu lagi masalah sebab kemungkinan kenderaan yang anda nak, orang yang anda tanya tadi pun nak sama dan kemungkinan antara yang bertanya serta yang barikan jawapan sama-sama tak tahu apa-apa. Pandangan atau cadangan yang nak di terima perlu ketahui siapa yang berikannya. Jika nak dapatkan apa-apa penjelasan atau keterangan adalah perlu dapatkannya dari yang benar-benar mengetahuinya. Urusan yang melibatkan ko$ atau wang, sebenarnya setiap yang dilakukan ianya melibatkan risiko jika dilakukan tanpa pengetahuan. Pengetahuan di era information technology begitu penting dan jika ianya melibatkan anda serta wang yang sepatutnya anda belanjakan, perlu dibuat dengan lebih hati-hati.
Mengenai soalan 'kenapa' juga ianya kebiasaannya ditanya hanya berdasarkan dalam jangkauan atau jangkaan pemikiran anda sendiri yang terhad. Mengenai jualan / pembelian kenderaan lelong, pelbagai perkara yang sepatutnya anda ambil tahu. Samada sesuatu perkara yang berkaitan jualan / pembelian kenderaan lelong, diketahui, kurang faham atau langsung tidak diketahui, ianya lebih mendedahkan pada risiko dan apa-apa kesilapan yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja, ianya berkaitan dengan wang yang anda belanjakan. Adalah lebih baik ambil tahu sebelum buat sesuatu, terutamanya bagi tujuan pembelian kenderaan lelong, dengan dapatkan perkhidmatan bimbingan / guide service dan buat bayaran fees guide. Dari anda ambil risiko, buat sesuatu khususnya dalam urusan pembelian kenderaan lelong, just try and error, hanya bergantung pada nasib, nasib baik jadi okey dan jika nasib tak baik, tanggung kerugian serta menyalahkan orang atas kesilapan yang anda sendiri lakukannya.