1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

PART

Part atau komponen kenderaan yang ditarik yang biasanya dikatakan hilang samada diambil oleh penarik kereta atau dicuri semasa ianya disimpan dalam stor penyimpanan. Walaupun ianya boleh berlaku dan segala kemungkinan boleh terjadi tetapi pelbagai prosedur ditetapkan oleh legal owner / pihak bank bagi menjaga dan memastikan tidak berlakunya kehilangan part atau komponen kenderaan yang ditarik.
penarik kereta yang dilantik oleh legal owner / pihak bank dikenakan pelbagai syarat yang perlu diikuti antaranya ialah setiap kali kereta ditarik ianya perlu dibuat lapuran polis samada dibawa ke balai polis setelah kereta ditarik atau lapuran polis dibuat sebelum kereta ditarik. Ini memastikan kereta yang ditarik tidak diambil part atau komponennya. Dan sebaik saja kereta ditarik sampai distor penyimpanan, gambar diambil bagi menyatakan/memaparkan keadaan kereta yang ditarik semasa ianya mula-mula sampai ke stor penyimpanan dan gambar ini disimpan oleh bank serta gambar ini juga diserahkan pada bakal pembeli kenderaan berkenaan. Terdapat juga kes yang berlaku, kenderaan yang ditarik, pemiliknya tuntut semula dengan membuat bayaran pada pihak bank, jika kenderaannya didapati rosak atau part/komponen yang hilang, pemilik berkenaan akan membuat tuntutan pada pihak bank. Jadi pelbagai andaian yang mengatakan part / komponen kenderaan yang dilelong hilang adalah satu kenyataan yang kurang bijak. 
Kebiasaannya pelbagai andaian dibuat adalah dari orang yang lansung tidak pernah masuk ketempat lelong, sekadar buat pandangan yang negetif dan dimana dia sendiri pun tak tahu apa-apa tentang jualan kenderaan lelong.

Lelongline Resources adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, kini pelbagai info boleh di akses secara online melalui handphone berinternet dan anda di kehendaki baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline ini dan untuk dapatkan info lebih lanjut CALL 013 2552000