1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Jumaat

Beware

Beware - auction cars vehicle / berhati-hati mengenai jualan kenderaan lelong, terutamanya mengenai tawaran-tawaran luar biasa dan yang mengelirukan. Tawaran kenderaan murah yang di nyatakan sebagai lelong dari kastam, recond atau apa saja yang dibuat oleh mana-mana individu yang mendakwa sebagai 'orang dalam', 'agen' dari mana-mana agensi kerajaan. Juga tawaran dari sendikit atau kumpulan penjenayah, kenderaan ditawarkan dengan harga murah atau melalui pelbagai cara yang 'luar biasa'. Terkini, pembelian kenderaan secara MLM atau skim peramid yang memerlukan pembeli bayar sejumlah wang dan perlu cari orang lain untuk join berada dibawahnya serta perlu buat iklan yang perlu ditampalkan merata-rata tempat supaya ramai turut serta. Pelbagai lagi kaedah penipuan bagi menarik minat pembeli yang bodoh bagi memiliki kenderaan dengan harga murah.
Perlu berhati-hati, realitinya kenderaan yang dijual secara lelong memerlukan pembeli yang sebenar berada di tempat lelong, lakukan sendiri semua proses pembelian secara lelong dan tidak ada agen, tidak ada wakil yang bertindak bagi pihak pembeli sebenar. Ini adalah disebabkan terdapat borang tertentu yang perlu di isi, di tandatangani dan hanya pembeli sebenar yang lakukan semua perkara-perkara yang ditetapkan dalam proses pembelian kenderaan lelong. Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran-tawaran 'luar biasa' sebab jika betul atau benar-benar ujud tawaran yang dibuat, kenapa anda yang di pilih, atas sebab anda bernasib baik atau sebab anda mudah di tipu.
Lelongline Resources adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, kini pelbagai info boleh di akses secara online melalui handphone berinternet dan anda di kehendaki baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline ini dan untuk dapatkan info lebih lanjut CALL 013 2552000