1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

BELI


BELI 

Beli - Anda bebas beli kenderaan yang dijual secara lelong, pada bila-bila masa lelongan dibuat dan seberapa banyak yang diperlukan serta sampai bila-bila semasa jualan lelong dibuat. Tiada had dan tanpa apa-apa sekatan, hanya mengikut segala apa yang ditetap oleh pihak bank, tempat pengendali lelongan dan bajet kewangan yang anda ada. 
Hanya setelah anda benar-benar berpuashati pada keadaan kenderaan yang hendak dibeli serta mengikut bajet kewangan anda sendiri, setelah anda sendiri yang buat pemeriksaan / inspection pada kenderaan yang hendak dibeli. Bukan setakat  tengok pada senarai atau list lelongan kenderaan tetapi anda sendiri boleh buat pemeriksaan pada kenderaan dengan masuk ke dalam kenderaan, buka tempat enjin, periksa condition sebelah dalam kenderaan, tengok di booth belakang dan anda sendiri boleh buat pemeriksaan pada semua keadaan kenderaan samada di luar atau di sebelah dalam kenderaan semasa di view atau semasa di pamerkan. Hanya setelah anda berpuashati pada keadaan kenderaan, barulah anda buat pembelian dan tidak ada mana-mana pihak yang melakukan pemeriksaan pada kenderaan bagi pihak anda, anda sendirilah yang buat pemeriksaan pada kenderaan yang anda hendak beli.
Terdapat juga yang pembeli yang masuk ke tempat jualan kenderaan lelong, beli kenderaan dan beli lagi kenderaan untuk kegunaan saudara mara, kawan-kawan dan sebagai satu 'bantuan' pada sesiapa saja untuk dapatkan kenderaan di tempat lelong dan beli kenderaan pada harga lelong iaitu hanya beli pada harga sebenar kenderaan yang di beli di tempat jualan kenderaan lelong. - ( yang pastinya anda sendiri perlu masuk ke tempat jualan kenderaan lelong, ketahuinya dan seterusnya buatlah apa yang sepatutnya )