1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

TEMPAT

TEMPAT
Terdapat beberapa maksud mengenai tempat, antaranya ialah tempat anda / pembeli dibawa masuk, setelah daftar dan bayar fees guide. Tempat juga berkaitan dimana kenderaan lelong di simpan serta dilelong, samada tempat penyimpanan kenderaan sama dimana lelongan dibuat dan tempat pemyimpanan kenderaan berlainan dengan tempat lelongan dibuat. Tempat juga berkaitan dengan pembayaran full payment, tempat penyimpanan dokumen dan tempat buat loan / pinjaman bank ( jika perlu ). Tempat yang berkaitan dengan jualan lelong kenderaan dan rangkaian yang berkaitan dengan tempat-tempat yang ada hubungan dengan pembelian kenderaan lelong berkenaan. Jika hanya tahu satu atau sebahagian saja dari beberapa tempat atau rangkaian tempat yang berkaitan dengan kenderaan lelong, pembelian kenderaan lelong yang dibuat mungkin atau boleh hadapi risiko kehilangan wang. Apabila proses pembelian berbeza, dengan sendirinya proses dan prosedurnya juga berbeza. Dan tempat-tempat yang berkaitan jualan dan pembelian kenderaan lelong begitu luas atau terdapat pelbagai maksud serta yang perlu diketahui juga tindakan yang perlu dibuat berkaitan tempat berkenaan. 

TEMPAT PEMBELI DI BAWA MASUK KALI YANG PERTAMA
 
Tempat atau dimana jualan kenderaan lelong dibuat, boleh dikatakan terdapat banyak tempat jualan kenderaan lelong diseluruh Malaysia dan setelah daftar serta buat bayaran fees guide, anda dibawa masuk ke tempat jualan kenderaan lelong. Kali pertama, anda dibawa masuk ketempat jualan kenderaan lelong bersama sekali saja ke salah satu saja tempat samada sekitar Selangor atau Kuala Lumpur. 
Lelongline guide service tidak berikan alamat bagi tujuan anda cari tempat dan masuk sendiri ke tempat jualan kenderaan lelong. Jika anda bercadang untuk lakukannya sendiri, carilah sendiri mana-mana tempat jualan lelong kenderaan dan boleh masuk sendiri ke tempat lelong kenderaan berkenaan. Tempat jualan kenderaan lelong boleh masuk tanpa perlu buat apa-apa bayaran pada mana-mana pihak, sesiapa pun boleh masuk dan sesiapa pun boleh buat pembelian kenderaan yang di lelong. Tetapi sebagai pembeli, bukan setakat ketahui tempat dan mengenai harga yang murah, untuk buat pembelian kenderaan lelong perlu ketahui proses serta prosedur asas jualan / pembelian kenderaan lelong.
Terdapat lebih kurang antara 20 - 30 tempat jualan kenderaan lelong dan antara 20 - 60 kali jualan kenderaan secara lelong dibuat dalam sebulan. Dan semua info / maklumat tentang jualan kenderaan lelong diberikan panduan pada anda yang boleh diekses secara ONLINE, setelah daftar, buat bayaran, anda dibawa masuk ke tempat jualan kenderaan lelong dan diberikan panduan bagi mendapatkan ekses ONLINE berkenaan. Dengan ekses online ini, anda boleh ketahui kesemua tempat jualan kenderaan lelong seluruh Malaysia.

TEMPAT PENYIMPANAN KENDERAAN LELONG DAN JUALAN LELONG DIBUAT

Terdapat 2 keadaan, samada tempat penyimpanan kenderaan lelong yang juga merupakan tempat lelongan dibuat atau tempat lelongan dibuat berbeza dengan tempat penyimpanan kenderaan lelong. Kebiasaannya tempat lelongan dibuat adalah tempat dimana kenderaan lelong di simpan, lelongan dibuat di stor kenderaan lelong disimpan, jualan lelong dibuat berdekatan dengan tempat penyimpanan kenderaan lelong dan stor penyimpanan kenderaan lelong yang juga tempat lelongan dibuat. Atas sebab-sebab tertentu, terdapat juga kenderaan di simpan di tempat lain dan jualan kenderaan lelong dibuat di tempat lain. Perbezaan tempat jualan lelong dibuat dengan tempat penyimpanan kenderaan lelong berlaku atas pelbagai sebab dan antaranya oleh kerana stor penyimpanan yang agak kecil, kawasan atau lokasi yang begitu jauh khususnya di sabah dan sarawak serta di negeri-negeri lain, yang menyebabkan kenderaan lelong tidak dapat dibawa ke tempat lelong, kenderaan yang di lelong belum lagi dibawa ke tempat lelongan dan kenderaan yang sememangnya di simpan di tempat lain dan lelongan dibuat di tempat lain.
Tetapi, kebiasaannya kenderaan dilelong dimana kenderaan berkenaan disimpan dan jika kenderaan tidak dibawa atau tidak berada di tempat jualan lelong dibuat, gambar kenderaan berkenaan dalam beberapa posisi di pamerkan di tempat jualan kenderaan lelong dibuat.Dan tertakluk pada segala apa yang ditetapkan oleh tempat pengendali lelongan berkenaan.

TEMPAT BUAT BAYARAN FULL PAYMENT, TEMPAT DOKUMEN DISIMPAN, TEMPAT BUAT TUKARNAMA DAN TEMPAT BUAT LOAN BANK

Tempat jualan kenderaan lelong, tempat buat bayaran full payment, tempat dokomen disimpan, tempat buat tukarnama dan tempat buat loan bank. Istilah-istilah atau kenyataan dan fungsi tempat yang berbeza dan boleh dinyatakan seperti berikut:

Tempat jualan kenderaan lelong - iaitu dimana jualan kenderaan lelong dibuat, yang merupakan 'vendor' atau pihak yang diberikan hak oleh legal owner kenderaan yang dilelong untuk menyimpan dan melelong kenderaan. Di mana tempat penyimpanan atau tempat jualan kenderaan lelong hanya berperanan bagi menyimpan dan melelong kenderaan.

Tempat buat bayaran full payment dan tempat dimana dokumen kenderaan lelong disimpan - 2 tempat ini kebiasaannya sama, tempat buat bayaran full payment dan tempat dokumen kenderaan lelong di simpan adalah juga merupakan legal owner iaitu kebiasaannya pihak bank. Buat bayaran full payment dan mengambil dokumen kenderaan yang dibeli dari tempat lelong adalah kebiasaannya dilakukan di bank dan dalam keadaan tertentu mengikut apa yang ditetapkan oleh legal owner berkenaan. 
Tempat buat tukarnama adalah dilakukan oleh pembeli di mana-mana pejabat JPJ setelah semua dokomen di perolehi dan setelah buat bayaran full payment. Tukarnama juga dibuat melalui eDaftar secara online mengikut apa yang ditetapkan oleh agensi yang berkaitan dan apa-apa proses tukarnama adalah mengikut segala apa yang ditetapkan oleh pihak JPJ. Namun terdapat juga proses tukarnama kenderaan yang dibuat oleh agen kebiasaannya oleh pihak penjual insuran kenderaan yang beroperasi berdekatan dengan pejabat JPJ. 
Tempat loan bank dibuat adalah tidak berkaitan dengan tempat jualan kenderaan lelong, untuk buat loan bank, pembeli perlu uruskannya sendiri, buat semakkan dengan mana-mana bank mengenai kelayakkan untuk dapat loan bank dan jumlah pinjaman yang layak dapat berasaskan bukti pendapatan serta mengikut apa-apa yang ditentukan oleh bank berkenaan. Tidak ada mana-mana pihak yang boleh uruskan pinjaman / loan bagi pihak anda, anda perlu uruskannya sendiri dan jika ada mana-mana pihak ketiga yang tawarkan untuk uruskan pinjaman / loan bagi pihak anda, jika anda berurusan dengannya itu adalah atas risiko yang anda perlu tanggung sendiri. Loan / pinjaman bank juga, kebiasaannya dibuat secara personal loan atau pinjaman peribadi dan setelah dapat wang dari pinjaman, baru buat pembelian kenderaan yang diperlukan. Terdapat juga pembeli yang buat personal loan, beli kenderaan lelong dengan cash / tunai dan buat re-finance dengan mencagarkan kenderaan yang dibeli berkenaan. Beli kenderaan pada harga lelong dan buat re-finance dengan harga pasaran atau mengikut market value. Setelah dapat wang dari re-finance, bayar personal loan / pinjaman peribadi yang dibuat sebelum ini dan lebihan wang dari re-finance, boleh digunakan untuk apa-apa tujuan lain yang diperlukan. Dan terpulang atau mengikut keperluan samada buat re-finance berdasarkan value kenderaan berkenaan atau sekadar mengikut keperluan kewangan anda dan segala yang berkaitan dengan loan, re-finance adalah mengikut apa yang ditetapkan oleh pihak bank. Anda perlu sediakan kewangan mengikut bajet kenderaan yang hendak dibeli, setelah ada kewangan yang sesuai dan anda boleh buat pembelian kenderaan lelongan dengan cash / tunai.

TEMPAT BUAT PEMERIKSAAN PUSPAKOM

Tempat buat pemeriksaan kenderaan oleh puspakom pada kenderaan lelong yang dibeli, ini adalah yang perlu diketahui dan cara serta bayaran yang perlu dibuat bagi tujuan berkenaan. untuk memastikan kenderaan lelong yang dibeli mengikut specification atau jusfikasi / spesifikasi yang ditetapkan oleh puspakom. Tempat dimana dan bila sepatutnya dibuat serta tindakan yang sewajarnya dibuat. 

Jika pertanyaan hanya tentang tempat lelong kenderaan dibuat, sebenarnya soalan berkenaan tidak banyak membantu untuk anda buat pembelian kenderaan lelong dan walaupun anda ketahui mana-mana tempat jualan kenderaan lelong, agak sukar buat pembelian kerana pelbagai tempat yang lain anda tidak ketahui. Bukan hanya tentang tempat, tetapi yang lebih penting mengenai proses dan prosedur asas tentang jualan / pembelian kenderaan lelong. Guide service memaklumkan sebahagian darinya, dengan info / maklumat yang diperolehi dan ini memudahkan anda ketahui apa yang sepatutnya dilakukan untuk buat pembelian kenderaan yang dijual secara lelong. Terdapat juga pembaca website lelongline ini yang hanya nak dapatkan info tentang tempat lelong khususnya alamat lengkap tempat jualan kenderaan lelong, untuk nak buat servey atau nak tengok-tengok dulu. Jika nak dapatkan hanya sebahagian kecil saja maklumat dan tidak ambil tahu maklumat yang lain tentang pembelian kenderaan lelong, itu sebenarnya kurang dan tidak langsung membantu anda buat pembelian kenderaan lelong dan mengenai pembelian kenderaan lelong adalah berkaitan perniagaan serta bukan tentang 'tolong' atau 'kaunter pertanyaan'. Perlu ada komitmen dengan daftar serta buat bayaran fees guide untuk dapatkan perkhidmatan bimbingan / guide service. Setelah daftar dan bayar fees guide, anda dibawa bersama sekali saja ke salah satu saja tempat jualan kenderaan lelong sekitar Selangor atau Kuala Lumpur serta anda diberikan panduan bagi ekses online info / maklumat antara 20 - 30 tempat jualan kenderaan lelong seluruh Malaysia.

Info / maklumat tentang jualan / pembelian kenderaan lelong merupakan perkara yang serius, yang melibatkan proses serta prosedur asas yang tertentu dan memerlukan komitmen iaitu dengan daftar dan buat bayaran fees guide. Hanya setelah anda daftar dan buat bayaran fees guide, anda dibawa masuk ke tempat jualan kenderaan lelong dan buat pembelian kenderaan lelong bukan sekadar dapatkan hanya sebahagian kecil info / maklumat mengenainya. Bukan susah, hanya kerana anda tidak tahu mengenai pembelian kenderaan lelong dan anda tidak dapat buat pembelian kenderaan lelong. Pembelian kenderaan lelong adalah mengenai proses dan prosedur asas mengenainya dan bukan sekadar tentang tempat atau alamat lengkap tempat jualan kenderaan lelong.