1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

PENIPUAN

PENIPUAN

TERKINI

Terkini dilapurkan teknik penipuan dibuat dengan cara menawarkan kenderaan yang dikatakan kenderaan Singapore yang ditawarkan boleh buat pendaftaran. Mula-mula buat bayaran kenderaan contoh toyota wish hanya RM 18 ribu tetapi semasa tawaran dibuat hanya beritahu geran dan semua dokumen boleh dibuat dengan mudah iaitu melalui proses pendaftaran kenderaan lelong kastam. Tetapi setelah bayaran dibuat, bayaran sebanyak RM 15 ribu pula diminta iaitu bagi tujuan buat geran dan jika di campur RM 18 ribu dan RM 15 ribu, RM 33 ribu tetapi geran masih belum di perolehi. Terdapat ramai yang dah terpedaya dan wang dah pun terbang bagaikan MH370 yang tidak dapat dikesan. Banyak lagi kaedah penipuan tawaran kenderaan dengan harga murah, kebiasaannya dikaitkan dengan lelong, agensi kerajaan seperti Polis, Kastam, JPJ, Bank dan pelbagai lagi. Kebiasaannya bagi menyakinkan mangsa / pembeli di sebut 'ORANG DALAM' atau 'NAK TOLONG' dan pelbagai ayat-ayat 'surga' tetapi banyak yang meragukan serta mengelirukan
Penipuan kini berlaku amat ketara mengenai jualan kenderaan lelong. Dengan pelbagai cara yang digunakan serta dengan tawaran-tawaran yang mengelirukan, antaranya dakwaan:

PERTAMA - Kenderaan lelong dari agensi kerajaan seperti dari Kastam Polis JPJ Bank Recond Singapore dan pelbagai lagi dakwaan-dakwaan yang mengelirukan. Kebiasaannya tawaran harga yang terlalu murah, boleh terus dapatkan kenderaan tanpa lalui proses lelong, beli terus sebelum di lelong, terus beli kenderaan dalam simpanan atau gudang / stor, tawaran terus dari pegawai ( orang dalam ) seperti dari Kastam Polis JPJ Bank, kenderaan Singapore yang di tawarkan dengan harga murah yang boleh didaftarkan dengan no. plat Malaysia dan pelbagai perkara atau tawaran-tawaran yang 'memperbodohkan' pembeli / anda.

KE DUA - Melalui iklan di internet di tapak pengiklanan yang popular yang mengiklankan secara percuma dan berbayar. Sukar untuk menyebut tapak iklan berkenaan tetapi ianya sememangnya popular seperti exxy.com mxdxh.com serta di blog atau website. Menawarkan kenderaan dengan harga yang murah atau terlalu murah. 

KE TIGA - Tawaran secara direct samada melalui kenalan, kawan-kawan atau individu yang menawarkan kenderaan dengan harga murah. Kebiasaannya tawaran dibuat dengan pelbagai muslihat atau perkara-perkara yang tidak jelas serta mengelirukan. Antaranya, kenderaan yang dibeli tidak boleh dibuat tukarnama dalam tempoh tertentu, urusan tukarnama cukai jalan insuran adalah dalam pakej iaitu semuanya dibuat oleh pihak tertentu.

KE EMPAT - Tawaran terus kenderaan dengan harga murah dari pegawai Kastam Polis JPJ Bank atau jurulelong. Kenderaan yang ditawarkan boleh terus dibeli dan tidak perlu lalui proses lelongan serta boleh terus dapat serta semua dokumen dijamin boleh buat tukarnama dengan mudah.
Dan pelbagai lagi dakwaan-dakwaan yang mengelirukan dengan penyamaran pegawai agensi kerajaan seperti Kastam Polis JPJ atau Bank. Kebiasaannya tawaran-tawaran 'bodoh' dibuat yang menarik minat pembeli dengan harga yang murah. Terdapat 2 kesan jika anda terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan atau tawaran-tawaran kenderaan dengan harga murah kebiasaannya dikaitkan kenderaan lelong, kenderaan rampasan agensi kerajaan, kenderaan recond singapore ini. Pilih samada kenderaan berkenaan sememangnya tak ujud atau beli kenderaan curi. Yang pasti anda sedang berurusan dengan penjenayah, kumpulan kongsi gelap, genster, pencuri atau anda sedang berurusan dengan individu yang terancat otak / orang gila.
Jika anda ambil resiko, tertarik dengan tawaran kenderaan dengan harga murah dan cuai / gagal berfikir dengan waras, tidak buat rujukan dengan mana-mana pihak dan tidak berhati-hati. Wang yang anda bayar sudah semestinya hagus atau hilang begitu saja atau jika anda memiliki barang curi, anda boleh disabitkan dengan kesalahan yang boleh dipenjarakan. 
Terdapat juga modus operandi - MO penjenayah yang menggunakan akaun bank pihak yang ketiga dalam buat transaksi pembayaran samada dengan pengetahuan pemilik akaun berkenaan atau tanpa pengetahuan pemilik akaun bank berkenaan. Jika berlaku penipuan maka penjenayah sukar dikesan.
Sebaiknya berhati-hatilah dengan apa-apa pembayaran dibuat, buat semakkan dengan mana-mana pihak, sebagai contoh jika dakwaan kenderaan Kastam, buat rujukan terus dengan pihak kastam, jangan sama sekali guna no. phone yang diberikan oleh individu yang buat tawaran sebaiknya dapatkan no. phone dengan operetor TM atau dapatkan no.phone melalui carian google.
Dan diingatkan jika anda menerima panggilan dari mana-mana pihak yang buat tawaran mengelirukan serta berbeza dari kenyataan yang dipaparkan pada website lelongline ini dan diharapkan anda terus hubungi 0132552000, semestinya berbeza penjelasannya dan kerjasama anda amat dihargai.

Harap maklum