1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

BACA

BACA
 
Baca, anda / pembeli perlu luangkan masa untuk baca pelbagai kenyataan yang dipaparkan pada website lelongline ini dan tertakluk pada perubahan atau pindaan dari masa kesemasa. Pelbagai maklumat yang dinyatakan sebagai makluman awal di website lelongline ini yang sepatutnya di ketahui oleh anda / pembeli.
Namun sekiranya anda kurang atau langsung tidak ambil tahu, tidak baca kandungan website lelongline dan agak sukar anda / pembeli mengetahui tentang penjualan / pembelian kenderaan lelong. Kesannya jika anda / pembeli tidak baca kandungan website lelongline ini, jika berlaku apa-apa salah faham setelah anda / pembeli berurusan dengan pihak Lelongline Resources, ianya adalah atas kecuaian anda / pembeli, anda / pembeli perlu menanggung risikonya. Keterangan atau kenyataan pada website lelongline ini agak panjang, ini adalah bagi tujuan penjelasan dan ianya diulang-ulang supaya dapat di fahami. Tahap pendidikan atau IQ antara sesaorang agak berbeza, keterangan dan penjelasan dibuat supaya sesuai dengan semua golongan. Anda perlu dan dikehendaki merujuk pada semua kenyataan yang dinyatakan pada blog/website www.lelongline.com dan anda juga perlu atau di kehendaki merujuk pada semua perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan pada kenyataan pada blog/website www.lelongline.com dari masa ke semasa serta tidak hanya merujuk pada satu atau mana-mana kenyataan tertentu saja. Kenyataan bertulis sebagaimana yang dinyatakan pada mana-mana paparan atau perubahan-perubahan serta pindaan-pindaan di blog/website www.lelongline.com hendaklah dirujuk dalam urusan yang dilakukan.  
Ambil masa untuk ikuti keseluruhan kandungan kenyataan blog/website www.lelongline.com ini dan jika memerlukan apa-apa penjelasan, CALL 013 255 2000. Jangan sama sekali sekadar sms atau ambil mudah bagi mendapatkan info / maklumat, kadang-kadang terdapat pembaca website lelongline cuma sms, mungkin sekadar saja suka-suka nak dapatkan info. Terdapat juga pertanyaan yang dibuat telahpun dijelaskan di blogwebsite lelongline ini dan tak kurang juga yang buat 'misscall', jika topup telefon pun tak mampu, bagaimana nak beli kenderaan yang bukannya harga 5 - 10 ringgit. Pelbagai gelagat atau perangai pembaca, ada juga buat 'request' yang macam-macam atau diluar bidang Lelongline Resources. Antaranya minta carikan kenderaan dan terus berikan padanya, nanti dah dapat kenderaan yang diperlukan baru bayaran dibuat. Dan terdapat juga nak minta masuk tanpa buat apa-apa bayaran sekadar nak alamat saja, nak masuk untuk tengok-tengok dulu atau survey tempat untuk nak tengok-tengok bagi pastikan dulu dan nanti setelah betul-betul nak beli, baru nak buat bayaran fees guide. Pembelian kenderaan lelong perlu dibuat sendiri oleh pembeli sebenar dan tiada agen serta tiada wakil yang boleh buat pembelian bagi pihak pembeli sebenar. Tempat jualan kenderaan lelong bukannya tempat lawatan atau kawasan pelancongan yang boleh masuk sekadar tengok-tengok, buat lawatan dan tempat jualan kenderaan lelong adalah tempat perniagaan. Tiada istilah 'cauntim', 'lebihkurang' atau 'boleh runding', sebab bukan semua perkara yang boleh dibuat oleh pihak Lelongline Resources ada had atau batas-batas tertentu dalam memberikan perkhidmatan panduan.
Jadi anda / pembeli sepatutnya luangkan masa atau ambil masa yang sesuai untuk baca kandungan blog/website www.lelongline.com ini, agak mudah faham perkhidmatan yang di tawarkan dan dapatkanlah pelbagai info / maklumat perkhidmatan yang di tawarkan di blog/website www.lelongline.com ini.