1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Sabtu

Tarik

Tarik dan seterusnya dijual secara lelong, apa saja kenderaan yang sebelum ini dibeli dengan pinjaman / loan bank dimana pemiliknya gagal buat bayaran bulanan, kenderaan berkenaan di tarik seterusnya dijual secara lelong. Motorsikal superbike kereta 4X4 SUV MPV van lori atau apa saja samada jenama atau tahun keluaran. Dengan keadaan ekonomi yang agak tidak menentu, pembuangan pekerja serta kuasa membeli yang kurang berikutan peningkatan taraf sara hidup yang tinggi, kenderaan yang ditarik agak banyak dan jualan kenderaan lelong lebih kerap dibuat.
Kini, anda sebagai pembeli individu boleh buat pembelian kenderaan yang dilelong, beli mengikut kesesuaian kegunaan anda serta yang paling penting beli kenderaan mengikut bajet kewangan atau kemampuan anda sendiri. Realisasikanlah kehendak anda bagi memiliki kenderaan yang bersesuaian dengan kegunaan anda dan beli kenderaan pada harga LELONG. Dengan bimbingan lelongline guide service, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG 

Lokasi

Lokasi atau tempat jualan kenderaan lelong, yang kerap ditanya dan hanya mahu tahu lokasi serta nak masuk sendiri ke tempat lelong berkenaan. Beberapa kemungkinan akan berlaku jika hanya tahu tempat lelong. Pertama, pembeli akan masuk ke tempat lelong, jika ada kenderaan yang bersesuaian dengannya, ia akan beli dan kedua, jika tanpa apa-apa pengetahuan mengenai proses serta prosedur asas mengenai pembelian kenderaan lelong, pembelian kenderaan lelong berkenaan hanyalah bergantung pada nasib samada baik atau sebaliknya. Ke tiga, apabila berlaku apa-apa masalah dari pembelian berkenaan, sikap salahkan orang lain yang sudah pasti alami kerugian dari pembelian berkenaan.
Pembelian kenderaan yang dijual secara lelong bukan hanya berkaitan lokasi atau tempat, harga yang murah dan maklumat-maklumat yang terhad serta tidak tepat. Anda wajar ketahui pelbagai perkara berkaitan proses dan prosedur asas yang memudahkan anda buat pembelian. Jika sekadar dapatkan maklumat yang hanya dalam jangkauan atau yang hanya anda fikirkan saja, ianya kurang atau lansung tidak membantu anda buat pembelian kenderaan yang di lelong dengan selamat. Selamat bermaksud selain anda buat pembelian kenderaan pada harga yang murah tetapi yang paling penting mudah dibuat tukarnama.
Dengan bimbingan lelongline guide service, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG 

Kastam

Kastam atau jualan kenderaan lelong dari agensi kerajaan seperti kastam polis jpj atau mana-mana agensi kerajaan yang lain. Sememangnya ada jualan kenderaan lelong dari agensi kerajaan, kenderaan yang di sita kerana melakukan kesalahan dibawah penguatkuasaan undang-undang oleh agensi berkenaan. Jika kenderaan yang dibawa masuk ke Malaysia tanpa permit A P, ianya di sita serta di lelong oleh kastam. Jika kenderaan yang di gunakan dalam jenayah, ianya di sita serta di lelong oleh Polis. Jika kenderaan yang di ubahsuai tidak mengikut justifikasi yang di tetapkan, ianya di sita dan di lelong oleh JPJ. Itu antara penguatkuasaan yang di lakukan oleh pihak berkuasa berkenaan dan jualan kenderaan oleh agensi berkenaan dilakukan samada melalui tender atau jualan lelong terbuka atau apa-apa kaedah yang ditetapkan oleh agensi berkenaan. Dan yang paling penting perlu diingat bahawa kenderaan yang di jual samada secara tender atau di lelong adalah di lakukan sendiri oleh agensi berkenaan TANPA melalui mana-mana pihak ke tiga atau tidak ujud agen yang mewakili agensi berkenaan.
Kebiasaannya tawaran-tawaran yang dibuat oleh individu tertentu mengenai kenderaan dengan harga yang murah serta mengaitkan kenderaan lelong dari agensi kerajaan merupakan penipuan terancang. Dakwaan kenderaan singapore, kenderaan yang di sita dan di lelong oleh agensi kerajaan serta menyatakan dengan 'kerjasama' atau boleh 'cauntim' dengan 'orang dalam' hanyalah penipuan serta pelbagai lagi dakwaan yang mengelirukan di buat bagi menarik minat pembeli jika anda sendiri tidak berhati-hati. Dan urusniaga 'SAMBUNG BAYAR' juga adalah penipuan, bagaimana kenderaan yang masih lagi ada hutang dengan pihak bank boleh berurusniaga. Pelbagai cara penipuan yang dibuat dengan dakwaan-dakwaan mengelirukan yang memerangkap pembeli. Memiliki kenderaan curi merupakan kesalahan jenayah yang jika di sabitkan kesalahan boleh di denda serta di penjara.
Dengan bimbingan lelongline guide service, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG