1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Sabtu

kenderaan lelong - lori dan kepala lori


kenderaan lelong - lori dan kepala lori. Pelbagai kenderaan yang dijual secara lelong, bukan hanya kereta, lori pelbagai jenis samaada 1 tan 3 tan 5 tan 18 tan traler dan pelbagai lagi jenis lori. 
Juga terdapat kepala lori dan pelbagai jenis lori. Walaupun agak kurang tetapi terdapat juga pelbagai lori yang dijual secara lelong. Juga lori-lori dari bank syarikat GLC badan korperat dan syarikat persendirian yang dijual secara lelong. 
 









Lelongline Resources adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, kini pelbagai info boleh di akses secara online melalui handphone berinternet dan anda di kehendaki baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline ini dan untuk dapatkan info lanjut CALL 013 2552000 

Ahad

kenderaan kereta LELONG - kereta kastam polis JPJ lelong

kenderaan / kereta LELONG - kereta kastam polis JPJ lelong - terkini berlaku sekitar lembah klang yang sebelum ini berlaku di seluruh negara. Dakwaan dan tawaran kenderaan murah, yang biasanya mengaitkan agensi kerajaan seperti polis, kastam, JPJ dan pelbagai agensi lain. Honda Jazz, toyota vios, bmw dan pelbagai kenderaan berjenama, yang ditawarkan harga murah dari 10k dan lebih murah dari harga pasaran. Dakwaan terus dari "orang dalam" yang mampu mempengaruhi pembeli  dengan pelbagai dakwaan yang mengelirukan serta 'bodoh-bodohkan" pembeli. 
Sememangnya ujud jualan secara LELONG oleh agensi kerajaan, tetapi ianya melalui proses yang ketat atau mengikut garis panduan yang ditetapkan dan tidak ujud jualan secara 'runding terus' pada pembeli. Tiada mana-mana agensi kerajaan lantik pihak atau individu untuk kenderaan dengan harga murah dan terus pada pembeli individu sedangkan penjual-penjual kenderaan terpakai 'berebut-rebut' nak kan kenderaan berkenaan, untuk buat untong. Apa istimewanya anda yang menerima tawaran kenderaan harga murah ?, jika betul ada kenderaan yang murah atau apa-apa kenderaan yang murah dari harga pasarannya lebih 50k dan dijual terus pada anda cuma 10k, tidakkah terasa pelik dan perlu fikir betul-betul sebelum serahkan $wang pada penjual berkenaan. 
Kegiatan jenayah, berurusniaga dengan mafia/penyamun/pencuri, memiliki barang curi, kesalahan bersubahat dengan penjenayah, kesalahan memiliki barang curi, bermalam dalam lokap bila ditangkap, bercuti panjang dalam penjara setelah dibicara di mahkamah, hilang wang dapat malu, dapat gelaran banduan bila keluar dari penjara dan pelbagai perkara boleh berlaku bila nak senang, nak mudah tetapi yang dapat padah, kesengsaraan sepanjang hayat. Jangan terlibat dengan apa-apa yang tidak tahu dengan betul-betul, buat rujukan dengan pihak-pihak tertentu.
Lelongline Resources adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, kini pelbagai info boleh di akses secara online melalui handphone berinternet dan anda di kehendaki baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline ini dan untuk dapatkan info lanjut CALL 013 2552000 

Selasa

JPJ , polis , kastam LELONG kereta / kenderaan

JPJ , polis , kastam LELONG kereta / kenderaan - nak tahu cara jualan LELONG yang dibuat oleh pelbagai pihak atau agensi kerajaan. Terdapat jualan LELONG yang dibuat oleh agensi kerajaan , badan berkanun , GLC , badan korperat dan pelbagai pihak yang lain. Pelupusan aset antara sebab jualan LELONG dibuat bagi agensi yang dinyatakan diatas. Juga kenderaan yang di rampas, kenderaan yang terlibat dalam jenayah, kenderaan yang tidak mengikut proses yang sah untuk masuk ke dalam negara, kenderaan yang di sita kerana buat pengubahsuaian tidak mengikut prosedur yang di tetapkan. Pelbagai sebab kenderaan yang di sita oleh agensi penguatkuasaan undang-undang. Selepas disita, di bawakan kes berkenaan ke mahkamah dan seterusnya kenderaan berkenaan di jual secara LELONG. Ini antara keadaan jualan kenderaan LELONG yang dibuat serta sebab kenderaan dijual LELONG. Terdapat pelbagai sebab lagi kenderaan yang dijual secara LELONG atau perlucutan hak juga di sebut juga sebagai pelupusan aset serta jualan barang-barang kes yang di rampas/disita.
Memahami proses jualan LELONG oleh agensi kerajaan agak mudah namun perlu ketahui  secara menyeluruh sebelum buat pembelian. Selain jualan secara LELONG iaitu jualan secara tawaran harga secara terbuka, ada juga jualan secara tender dibuat dimana tawaran harga yang dibuat perlu ditulis dan dimasukkan kedalam peti tender. Pada masa yang ditentukan peti tender dibuka dan tawaran harga tertinggi dikira sebagai pemenang tender. 
Jualan kenderaan oleh agensi kerajaan biasanya diiklankan di papan kenyataan agensi berkenaan, diiklankan diakhbar dan ketentuan yang ditetapkan oleh agensi berkenaan saja. Jika kenderaan yang di tarik dan di jual secara LELONG oleh bank agak mudah kerana ianya dibuat lebih kerap, ada antaranya setiap isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu ahad setiap minggu sebagaimana yang di tentukan oleh pengendali tempat jualan kenderaan lelong berkenaan. 
Lebih mudah mendapatkan kenderaan yang dilelong oleh pihak bank, harga jualan pada harga LELONG. Antara lebih kurang 20-30 tempat jualan kenderaan lelong, sebulan antara 40-60 kali jualan kenderaan lelong seluruh Malaysia dan hari dari RM500 bagi 1 unit kenderaan yang dijual secara LELONG. 
Jadi janganlah tanya bila jualan LELONG dibuat sebab boleh dikatakan setiap hari atau pada hari-hari tertentu samada isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu ahad setiap minggu jualan LELONG dibuat oleh bank. ( tertakluk pada perubahan semasa) dan pelbagai info jualan kenderaan lelong kini boleh di akses melalui handphone berinternet
Lelongline Resources adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, kini pelbagai info boleh di akses secara online melalui handphone berinternet dan anda di kehendaki baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline ini dan untuk dapatkan info lebih lanjut CALL 013 2552000 

Kereta LELONG - kenyataan media/akhbar

Kereta LELONG - kenyataan media/akhbar, beberapa akhbar telah membuat temubual mengenai perkhidmatan bimbingan/panduan GUIDE. Ini agak menarik, bukan mudah nak di interview. Ini mengambarkan isu pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG telah menarik minat pihak media. 
Namun, cuma pembeli individu yang masih selesa untuk membuat pembelian kenderaan pada penjual kenderaan terpakai. Mungkin kerana tidak mahu susah-susah dalam proses pembelian tetapi secara tidak sedar sememangnya menyusahkan diri dalam jangkamasa yang panjang. Pembelian kenderaan terpakai melalui penjual kereta/usedcar dealer, perlu memikirkan keuntungan yang diperolehi dari jualan kenderaan oleh usedcars dealer, jika pembeli membuat bayaran ansuran bulanan, perlu pula fikirkan kadar faedah yang tinggi dan pertimbangkan juga kemampuan sebenar dengan beban hutang dalam jangkamasa yang panjang.  Tanggungan beban hutang dalam tempoh masa yang lama, bertahun-tahun dan sumber pendapatan yang agak terhad. Ini memungkinkan kenderaan yang dibeli dari usedcars dealer jika tidak dapat/gagal membuat bayaran bulanan, kenderaan berkenaan ditarik dan seterusnya di jual secara LELONG. 
Melalui pembelian di tempat jualan kenderaan LELONG, pembeli cuma membuat bayaran sebenar harga kenderaan, puspakom, insuran, cukai jalan dan bayaran tukar nama. Harga kenderaan dimana harga jualan LELONG, lebih murah dan dengan bimbingan/panduan GUIDE, pembeli boleh membuat pembelian mengikut keperluan dan kemampuannya. Terdapat beberapa cara pembayaran, samaada secara tunai, finance dan refinance. Jika memerlukan pembiayaan pinjaman, pembeli perlu uruskan dengan pihak bank, kelayakan dan tahap pembiayaan. Pembiayaan pinjaman adalah tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak bank. Bagi memudahkan permbeli membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, pembeli boleh membuat pinjaman peribadi/personal loan atau jika yang ada kemudahan membuat pinjaman koperasi. Dengan adanya peruntunkkan/bajet tunai, pembelian kenderaan dapat dibuat secara tunai, jika perlu kenderaan berkenaan boleh di buat refinance/pembiayaan semula. Melalui refinance, kenderaan berkenaan akan dibiaya mengikut nilai semasa/market value dan pembeli boleh membayar kembali personal loan. Ini antara cara yang mudah mendapatkan kenderaan yang dijual secara LELONG.
Jika pihak media berminat memaparkan artikal mengenai pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, bagaimana pula pembeli dan masih lagi nak beli di tempat jualan kenderaan terpakai/uisedcars dealer. Telah beratus ribu unit kenderaan yang di jual ditempat jualan kenderaan LELONG, jualan kenderaan LELONG dibuat telah lama dan telah ramai orang mendapatkan kenderaan ditempat jualan kenderaan LELONG.
Bagi mendapatkan kenderaan yang murah, mudah dan selamat, segera hubungi 013 255 2000 baca keseluruhan blog  http://lelongline.blogspot.com/  dan fahaminya. Lakukanlah apa yang terbaik untuk diri, fikirkanlah apa yang terbaik untuk diri dan jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam, tindakan anda hari ini untuk kebaikkan anda hari esok.