kenderaan
kereta lelong - Q n A - Pertanyaan dan jawapan, antara soalan-soalan
yang agak popular ditanya dan dapatlah dinyatakan penjelasannya supaya
ianya dapat dimenafaat bersama.
Soalan, " ini lelong kastam, JPJ, Polis ker?".
Jawapan, BUKAN dan Tiada kaitan dan tidak kena mengena serta bukan kenderaan kastam, JPJ, Polis atau mana-mana agensi kerajaan.
Soalan, " encik nei agen tempat lelong kenderaan? "
Jawapan,
BUKAN agen, bukan runner, bukan wakil dan tiada kaitan dengan mana-mana
pihak samada pihak bank, pengendali tempat lelong. Lelongline Resources adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, hanya berikan perkhidmatan panduan pembelian setelah daftar dan bayaran fees guide dibuat.
Soalan, " Bayaran fees guide RM 2 ribu dikembalikan dan termasuk harga kenderaan dibeli?"
Jawapan, TIDAK dikembalikan dan bukan sebahagian harga kenderaan yang dibeli. Bayaran fees guide RM 2 ribu tidak dikembalikan, tidak termasuk harga
pembelian kenderaan dan pembayaran fees guide hanya dibuat sekali serta
untuk pembelian kenderaan berikutnya, untuk masuk seterusnya tidak lagi
perlu buat apa-apa bayaran.
Soalan, " Masuk ke tempat jualan kenderaan lelong perlu bayar?
Jawapan,
FREE entrance atau masuk tak perlu buat bayaran, tiada apa-apa bayaran
perlu dibuat untuk masuk ke tempat jualan kenderaan lelong. Jika anda
tahu mana-mana tempat lelong atau anda carilah sendiri mana-mana tempat
lelong kenderaan. Tetapi jika anda perlu perkhidmatan atau guide
service, anda perlu buat bayaran fees guide.
Soalan, " boleh tak nak masuk tengok dulu atau nak servey saja dulu "
Jawapan, BOLEH dan anda carilah sendiri mana-mana tempat lelong tetapi jika tempat lelong pun anda tak tahu banyak lagi yang tentunya anda tak tahu. Hanya jika anda perlukan perkhidmatan pihak Lelongline Resources perlu daftar dengan sms kan nama dan nombor kad
pengenalan serta bayaran RM 2 ribu fees guide. Anda diberikan Panduan Akses Online iaitu link-link lamanweb tempat-tempat pengendali lelongan yang memudahkan ada dapatkan pelbagai info mengenai jualan kenderaan lelong melalui handphone berinternet.
Soalan, " nak tahu alamat tempat lelong dan nak tahu harga kenderaan "
Jawapan, LELONGLINE RESOURCES bukannya kaunter pertanyaan atau sebagai information
centre, ianya adalah badan perniagaan atau base of bisnes, hanya yang daftar dan bayar diberikan perkhidmatan Panduan Akses Online
Soalan, " berapa banyak kenderaan yang boleh dibeli "
Jawapan, NO LIMIT atau tiada had jumlah unit kenderaan yang boleh dibeli
Soalan, " lawan harga kenderaan yang dijual secara lelong "
Jawapan, BUKAN semua unit kenderaan yang dilelong berlaku lawan harga malah terdapat unit-unit kenderaan yang tidak terjual dan dilelong semula diturunkan lagi harganya. Jualan lelong biasanya melalui proses bidaan, jika hanya seorang yang
membeli ianya hanya berpandukan pada harga awal atau reserved price dan
beli dengan harga sebenar pada list / senarai yang di keluarkan. Hanya
jika lebih dari seorang yang membida kenderaan yang sama ianya berlaku
bidaan atau lawan harga. Tetapi biasanya kenderaan dibeli hanyalah yang
diperlukan dan terdapat kenderaan yang langsung tidak dibida atau dibeli
walaupun dijual secara lelong.
Soalan, " jangkamasa proses pembelian dan pembayaran dibuat "
Jawapan,
TEMPOH pembayaran dibuat tertakluk pada legal owner
biasanya ditetap oleh pihak bank samada 3 5 7 14 hari atau mengikut yang ditetapkan oleh legal owner/bank
Soalan, " bolehkah beli kenderaan lelong melalui pinjaman bank / loan bank ?
Jawapan, BOLEH iaitu melalui pinjaman peribadi/personal loan, kebiasaannya pembelian kenderaan lelong secara cash atau tunai namun
jika berminat untuk membuat pembelian secara pinjaman bank, anda sendiri
perlu buat semakkan dengan pihak bank, pertama perlu anda dapat
pengesahan samada layak atau tidak anda mendapat loan / pinjaman dan
kedua, anda perlu ketahui had atau jumlah pinjaman yang anda layak.
Pembelian kenderaan lelong jika dibuat melalui loan / pinjaman bank,
anda sendiri perlu uruskan dan ditempat jualan kenderaan lelong tidak
menyediakan pinjaman bank. Kebiasaannya bagi memudahkan anda buat
pembelian kenderaan lelong dengan membuat personal loan / pinjaman
peribadi dan setelah pinjaman diperolehi, kenderaan lelong dibeli secara
cash / tunai.
Soalan, " boleh tak trade-in kenderaan saya dan beli kenderaan lelong?"
Jawapan, TAK BOLEH, tempat jualan kenderaan lelong hanya buat jualan kenderaan dan tidak
sediakan trade-in, tetapi ada tempat pengendali lelongan yang sedia buat
lelongan kenderaan individu dan ini boleh terus diuruskan dengan tempat
lelongan berkenaan. Dan jika kenderaan anda telah dilelong, anda boleh
buat pembelian kenderaan yang dilelong.
Soalan, " kenderaan yang dijual secara lelong - murah ?"
Jawapan, MURAH atau MAHAL terdapat dalam 3 keadaan samada lebih tinggi, lebih kurang sama dan lebih rendah dari harga pasaran sebagaimana yang ditentukan oleh legal owner. Samada lebih tinggi dari harga pasaran atau lebih rendah dari harga pasaran pula terdapat 3 keadaan samada separuh, satu pertiga atau lebih rendah dari satu pertiga dari harga pasaran. Harga kenderaan lelong hanya ditentukan oleh legal owner atau pemilik yang sah biasanya pihak bank, list / senarai harga kenderaan lelong yang diedarkan ditempat jualan kenderaan lelong pada hari lelongan diadakan yang dirujuk bagi tujuan pembelian kenderaan lelong. Hanya list / senarai harga kenderaan lelong yang diedarkan ditempat jualan kenderaan lelong di rujuk bagi tujuan pembelian kenderaan lelong. Dan senarai harga yang dipaparkan pada blog/website www.lelongline.com ini hanya sebagai contoh dan bukan untuk apa-apa rujukan sekali pun.
Lelongline Resources adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan
panduan pembelian kenderaan lelong, kini pelbagai info boleh di akses secara
online melalui handphone berinternet dan anda di kehendaki baca
keseluruhan kandungan blog/website lelongline ini dan untuk dapatkan info lebih
lanjut CALL 013 2552000