1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Isnin

Online

Online atau berurusniaga melalui internet atau dapatkan apa-apa perkhidmatan melalui pengiklanan dari aplikasi mudah alih seperti smartphone. Sebagai langkah berhati-hati bagi mengelakkan lakukan apa-apa kesilapan samada anda keliru atau terpedaya dengan tawaran-tawaran 'luar biasa'
Online atau direct berurusniaga melalui aplikasi media elektronik berinternet dimana anda sebagai pengguna/pembeli perlu ketahui hak anda. Ambil masa yang sepatutnya bagi ikuti pelbagai kenyataan berkaitan tawaran samada barangan/produk atau perkhidmatan/service. Elakkan berurusan secara online dalam keadaan terdesak, keliru atau hanya tertarik dengan tawaran-tawaran 'luar biasa'.
Online saja segala info dari paparan yang biasa dinyatakan pada blog atau website, jika terdapat kenyataan 'luar biasa' dapatkan penjelasan lebih lanjut tetapi jika anda ragu-ragu dengan penjelasan diberikan, sebaiknya elak dari berurusan. Kegagalan anda bagi memastikan urusan secara online dibuat adalah sebagaimana yang sepatutnya, adalah atas tanggungjawab anda sendiri, tiada apa-apa paksaan malah anda yang lakukannya sendiri dan jika anda lakukan urusan secara online atas kecuaian diri sendiri jangan salahkan orang serta buat laporan polis tetapi anda cuai kerana tertarik dengan tawaran 'luar biasa'
Online atau berurusan melalui internet sememangnya ada risiko penipuan tetapi jika terlalu fobia atau truma pun agak payah jugak hidup di era GST kerana kos sara hidup agak tinggi. Sememangnya berurusan melalui online mampu mengurangkan perbelanjaan kerana terus buat pembelian direct dengan pihak pembekal atau terus berurusan di tempat yang sepatutnya. Dengan berurusan secara online, anda boleh terus dapatkan barangan atau perkhidmatan direct dan bukan hanya tertarik pada kenyataan yang 'luar biasa'
Online kan saja pelbagai maklumat dengan mengambil masa yang sepatutnya sebelum buat keputusan untuk berurusan. Lelongline Resources sebagai pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan yang dijual secara lelong, pada setiap kali catatan yang di paparkan pada blog/website lelongline ini pembaca diberikan ingatan agar membaca sebelum berurusan supaya 'baca keseluruhan kandungan' blog/website lelong ini, yang bertujuan mengelakkan pembaca keliru atau merujuk pada sesuatu tajuk yang keliru dan menganggap ianya 'luarbiasa'  
Online atau berurusniaga secara atas talian adalah begitu mudah, dengan adanya panduan akses online khususnya link-link lamanweb semua tempat-tempat lelong seluruh Malaysia. Terdapat lebih kurang 15 link website tempat pengendali lelongan serta link website direct dengan bank dimana terdapat lebih kurang antara 20-30 tempat jualan kenderaan lelong samada hanya store tempat penyimpanan kenderaan bank tarik atau tempat yang sama mengendalikan jualan kenderaan lelong. Sebulan lebih kurang antara 50-60 kali jualan kenderaan lelong di seluruh Malaysia dan pelbagai kenderaan samada motosikal kereta 4X4 MPV SUV Van Lori pelbagai jenama tahun didaftarkan cc samada yang recond atau import dan pelbagai kenderaan keluaran Malaysia. Anda sendiri yang tentukan apa-apa kenderaan yang bersesuaian dengan bajet kewangan anda sendiri. Tiada agen tiada wakil tiada broker malah anda sendiri perlu masuk ke tempat jualan kenderaan lelong, cari dan dapatkan sendiri kenderaan serta buat pembelian semasa lelongan dibuat. Tiada apa yang keliru, tiada janji-janji yang 'luarbiasa'
Lelongline Resources guide services memberikan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan yang di jual secara lelong, sebagai pembeli anda dikehendaki baca keseluruhan kandungan website lelongline ini untuk pendaftaran hubungi/CALL 0132552000

Direct

Direct atau buat pembelian kenderaan lelong terus di tempat jualan kenderaan lelong, di hadapan jurulelong dan beli kenderaan lelong melalui proses jualan lelong. Tiada mana-mana pihak yang boleh tawarkan apa-apa kenderaan lelong atau jual kenderaan lelong tanpa lalui proses jualan lelong dan tidak ada 'tawaran' melalui 'pintu belakang' cauntim adjust atau apa saja urusan yang mengelirukan. Elakkan berurusan dengan mana-mana pihak yang bagi tawaran secara 'direct' jual kenderaan dengan dakwaan kenderaan lelong samada dari agensi kerajaan samada lelong Kastam Polis JPJ Bank atau kenderaan dari gudang pelabuhan. Jika dikaitkan dengan jualan kenderaan lelong, sudah pasti jualannya melalui jurulelong dan jangan terpedaya dengan tawaran-tawaran 'luarbiasa'.  
Semua orang boleh direct atau secara langsung, terus buat pembelian kenderaan yang dijual secara lelong. Tiada apa-apa halangan dan jualan kenderaan lelong dibuat secara terbuka atau 'public auction. Jika anda tahu mana-mana tempat jualan kenderaan lelong, anda sendiri yang cari, anda masuk sendiri dan buatlah pembelian mengikut apa yang anda tahu tentang pembelian kenderaan lelong.
Tetapi jika tempat jualan kenderaan lelong pun anda tak tahu, pelbagai perkara yang mungkin anda tidak tahu dan jangan ambil mudah dengan hanya ambil tahu perkara-perkara dalam jangkauan fikiran anda saja. Ada yang hanya nak tahu lokasi atau alamat lengkap tempat lelong, nak masuk sendiri, nak tengok atau nak servey, buat site visit. Mungkin agak baik tetapi tidak logik sebab bila tengok kenderaan murah terus beli dan jika ada apa-apa masalah cuma salahkan orang saja.
Lelongline Resources guide services adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline bagi dapatkan pelbagai info dan untuk daftar sms kan nama/no.kp ke 0132552000

Cari

Cari dan dapatkan apa-apa kenderaan yang anda perlukan mengikut bajet kewangan anda sendiri. Pembelian kenderaan lelong, dimana pembeli itu sendiri yang perlu masuk ke tempat jualan kenderaan lelong dan lakukan sendiri semua proses pembelian kenderaan lelong. Tiada agen tiada-broker tiada mana-mana pihak yang lakukan apa-apa pun bagi pihak anda atau bagi pihak pembeli sebenar. 
Apa saja kenderaan yang diperlukan, anda sendiri yang cari serta pastikan condition/keadaan kenderaan berkenaan. Pada tarikh/masa tertentu, kenderaan yang akan dilelong di 'view'/dipamerkan bagi pembeli buat inspection/pemeriksaan. Sebagai pembeli, anda sepatutnya ketahui pelbagai perkara yang wajar dilakukan sebelum buat pembelian. 
Dengan teknologi terkini khususnya smartphone/handphone berinternet, pelbagai info mengenai jualan kenderaan lelong boleh di akses secara online. Agak mudah anda cari dan dapatkan kenderaan melalui akses online serta semuanya di hujung jari anda.
Lelongline Resources guide services adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline bagi dapatkan pelbagai info dan untuk daftar sms kan nama/no.kp ke 0132552000

Agen

Agen atau broker atau wakil bagi pihak atau mana-mana pihak atau individu tidak boleh lakukan apa-apa samada buat pembelian kenderaan bagi pihak pembeli sebenar atau menentukan apa-apa mengenai jualan kenderaan lelong. Kenderaan yang di lelong adalah milik legal owner kebiasaannya pihak bank, ada juga kenderaan yang di lelong dari syarikat kredit atau syarikat korperat atau lalin-lain agensi atau pihak tertentu. Dan harga kenderaan yang di lelong di tentukan oleh legal owner serta harga kenderaan yang di lelong juga samada di senaraikan pada website atau di edarkan 'soft copy' bercetak oleh pengendali tempat lelongan. Hanya list/senarai harga kenderaan lelong yang di edarkan oleh pengendali tempat lelongan yang di rujuk bagi tujuan pembelian kenderaan lelong. 
Pembelian kenderaan lelong hanya dilakukan secara 'cash' atau tunai samada melalui credit card, bank draf atau secara tunai. Namun, perlu ketahui bahawa terdapat 2 bayaran, 1. Bayaran deposit RM 1,530 bagi harga kenderaan yang dilelong bawah RM 100 ribu, yang dibuat semasa hari lelong,( tertakluk pindaan) kebiasaannya bayaran berkenaan dibuat bagi melayakkan membida/beli kenderaan tetapi jika gagal buat pembelian, wang berkenaan di kembalikan. 2. Bayaran 'full payment' mengikut tempoh yang di tentukan samada 5 7 14 21 hari mengikut yang di tetapkan oleh legal owner atau pengendali tempat lelongan.
Tiada agen atau broker atau mana-mana pihak atau individu yang boleh berikan apa-apa jaminan gerenti confirm apa-apa perkara mengenai pembelian kenderaan lelong. Anda sendiri yang lakukan segala perkara atau tindakan mengenai pembelian kenderaan lelong. Apa saja kenderaan yang di lelong adalah mengikut proses serta prosedur tertentu dan sebagai pembeli individu anda sepatutnya ketahui pelbagai perkara mengenai pembelian kenderaan lelong.
Lelongline Resources guide services adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline bagi dapatkan pelbagai info dan untuk daftar sms kan nama/no.kp ke 0132552000