1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Jumaat

Kenderaan / Kereta yang dijual secara LELONG - Nak 'countin'/'slow talk'

Jualan atau Pembelian kenderaan / kereta yang dijual secara LELONG mempunyai proses dan prosedur atau "SOP" nya. Jadi janganlah nak 'countin', 'slow talk' atau apa-apa yang menyalahi peraturan-peraturan yang ditetapkan. Proses dan prosedur jualan kenderaan LELONG bertujuan memberikan kemudahan pada pembeli, oleh yang demikian pelbagai perkara dibuat bagi memudahkan pembeli. Jangan sama sekali buat perkara-perkara yang salah dalam pembelian kenderaan LELONG ini.
Antara kesalahan yang kerap dilakukan ialah membeli kenderaan LELONG dari pihak yang ke tiga, maksudnya pembeli sendiri tidak masuk tempat jualan kenderaan LELONG. Buat bayaran terus pada penjual dan dapatkan kenderaan, ini antara kesilapan besar dan perkara ini lah kerap berlaku yang menyebabkan pembeli tertipu. 
Samaada membeli kenderaan curi atau kenderaan dari kumpulan samseng. Apabila kenderaan berkenaan ditahan oleh pihak berkuasa, pemilik kenderaan akan berehat dalam lokap dan senang-senang boleh bercuti panjang dalam penjara kerana kesalahan memiliki barang curi. Jadi janganlah ambil mudah dalam segala perkara khususnya yang melibatkan undang-undang.
Proses biasa pembelian kenderaan LELONG, pertama pembeli perlu mendaftar sebagai pembida, kedua membuat pemeriksaan pada kenderaan yang hendak dibeli, ketiga masuk proses jualan LELONG, ke empat tandatangani 'kontrak'  setelah berjaya membuat pembelian, kelima buat bayaran penuh kenderaan berkenaan dan seterusnya keluarkan kenderaan berkenaan dari stor bawa balik rumah. Walau bagaimana pun perlu memahami prosedur pembelian dan ini akan dibantu oleh "GUIDE". GUIDE akan menyatakan perkara-perkara asas pembelian kenderaan LELONG ditempat jualan kenderaan LELONG.
Lelongline Resources adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, kini pelbagai info boleh di akses secara online melalui handphone berinternet dan anda di kehendaki baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline ini dan untuk dapatkan info lebih lanjut CALL 013 2552000