1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Ahad

kenderaan

Kenderaan - kereta lelong, terdapat pelbagai jenis serta keluaran dan jenama samada kenderaan keluaran malaysia atau yang di import. Malah apa juga kenderaan yang popular di jalanraya, yang terlaris jualannya dan kenderaan berkenaan juga kebiasaannya banyak yang di lelong. Jika di fikirkan atau di bayangkan dan andaian-andaian yang anda buat biasanya agak keliru kenapa banyak kenderaan di tarik oleh bank, seterusnya di jual secara lelong. Dari kenyataan yang tidak resmi, dalam satu-satu masa tertentu jika 10 pembeli buat loan / pinjaman kenderaan, 3 darinya gagal buat buat bayaran samada tahun pertama atau ke dua, 4 darinya akan reschedule / jadualkan semula pinjaman dan hanya 3 terus maintain buat bayaran pinjaman bulanan selama 7 - 10 tahun. Yang confirmnya 3 dari 10 akan di tarik dalam tempoh yang singkat samada dalam tahun yang pertama atau ke dua, 4 dari 10 yang reschedule / jadualkan semula pinjaman bulanan juga besar kemungkinan kenderaannya ditarik dan di lelong tetapi melalui proses mahkamah perlu buat bayaran dengan kadar yang mampu dibayar atau bayaran dibuat oleh penjamin. Hanya 3 dari 10 yang berupaya buat bayaran pinjaman bulanan atas pinjaman yang dibuat.
Jika kenderaan didaftar pada tahun semasa, baru 7- 8 bulan dibeli telah dijual lelong, bukanlah perkara yang luar biasa sebab apabila gagal buat bayaran 2 -3 bulan, kenderaan di tarik dan seterusnya dijual secara lelong. Mengenai harga kenderaan lelong pula, ianya di tentukan oleh pihak bank samada mengikut baki akhir pinjaman atau apa-apa kaedah biasa amalan bank. Antara yang biasa dibuat oleh bank bagi mendapatkan bayaran pinjaman yang gagal dibuat oleh peminjam, antaranya melalui tindakan mahkamah, dapatkan perintah mahkamah untuk bangkrapkan peminjam khususnya yang hutangnya melebihi RM 30 ribu, setelah dibangkrapkan oleh mahkamah, kebiasaannya aset atau harta peminjam seperti rumah, tanah atau apa saja di sita dan seterusnya di lelong. Disebabkan bank hanya menuntut pinjaman yang diberikan, setelah aset peminjam di lelong dan baki yang ada, itulah harga kenderaan yang dilelong, namum apa-apa yang lakukan oleh bank bagi menuntut pinjaman juga melalui penjamin. Jadi jangan pelik dengan harga kenderaan lelong samada lebih tinggi, lebih kurang sama atau lebih murah dari harga pasaran ianya ditentukan mengikut yang di tetapkan oleh pihak bank.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG