1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Sabtu

Kastam

Kastam atau jualan kenderaan lelong dari agensi kerajaan seperti kastam polis jpj atau mana-mana agensi kerajaan yang lain. Sememangnya ada jualan kenderaan lelong dari agensi kerajaan, kenderaan yang di sita kerana melakukan kesalahan dibawah penguatkuasaan undang-undang oleh agensi berkenaan. Jika kenderaan yang dibawa masuk ke Malaysia tanpa permit A P, ianya di sita serta di lelong oleh kastam. Jika kenderaan yang di gunakan dalam jenayah, ianya di sita serta di lelong oleh Polis. Jika kenderaan yang di ubahsuai tidak mengikut justifikasi yang di tetapkan, ianya di sita dan di lelong oleh JPJ. Itu antara penguatkuasaan yang di lakukan oleh pihak berkuasa berkenaan dan jualan kenderaan oleh agensi berkenaan dilakukan samada melalui tender atau jualan lelong terbuka atau apa-apa kaedah yang ditetapkan oleh agensi berkenaan. Dan yang paling penting perlu diingat bahawa kenderaan yang di jual samada secara tender atau di lelong adalah di lakukan sendiri oleh agensi berkenaan TANPA melalui mana-mana pihak ke tiga atau tidak ujud agen yang mewakili agensi berkenaan.
Kebiasaannya tawaran-tawaran yang dibuat oleh individu tertentu mengenai kenderaan dengan harga yang murah serta mengaitkan kenderaan lelong dari agensi kerajaan merupakan penipuan terancang. Dakwaan kenderaan singapore, kenderaan yang di sita dan di lelong oleh agensi kerajaan serta menyatakan dengan 'kerjasama' atau boleh 'cauntim' dengan 'orang dalam' hanyalah penipuan serta pelbagai lagi dakwaan yang mengelirukan di buat bagi menarik minat pembeli jika anda sendiri tidak berhati-hati. Dan urusniaga 'SAMBUNG BAYAR' juga adalah penipuan, bagaimana kenderaan yang masih lagi ada hutang dengan pihak bank boleh berurusniaga. Pelbagai cara penipuan yang dibuat dengan dakwaan-dakwaan mengelirukan yang memerangkap pembeli. Memiliki kenderaan curi merupakan kesalahan jenayah yang jika di sabitkan kesalahan boleh di denda serta di penjara.
Dengan bimbingan lelongline guide service, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG