1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Isnin

Kastam

Kastam antara agensi kerajaan yang buat jualan kenderaan secara lelong, JPJ Polis juga buat jualan kenderaan secara lelong. Kenderaan yang di lelong oleh agensi penguatkuasaan undang-undang kebiasaannya juga di sebut sebagai perlucutan hak setelah lalui proses tertentu. Kebiasaannya kenderaan yang di lelong oleh agensi penguatkuasaan undang-undang adalah kenderaan yang di rampas atau di sita atau apa-apa yang berkaitan penguatkuasaan undang-undang agensi berkaitan. 
Jika kenderaan yang di seludup atau yang tidak membayar cukai ianya di rampas atau di sita oleh Kastam, seterusnya lalui proses undang-undang oleh agensi berkenaan dan setelah semua prosedur di laksanakan melalui mahkamah, kenderaan berkenaan di jual secara lelong. Bagi kenderaan yang di sita oleh JPJ sebab lakukan kesalahan dibawah penguatkuasaan agensi berkenaan seperti buat pengubahsuaian tidak mengikut justifikasi yang standard, kenderaan di sita seterusnya di jual secara lelong. Begitu juga dengan Polis buat jualan kenderaan lelong bagi kenderan yang terbabit dengan penguatkuasaan undang-undangnya.
Semua agensi kerajaan samada Kastam Polis atau JPJ buat jualan kenderaan secara lelong TIDAK melalui mana-mana agen broker atau mana-mana pihak atau individu yang bertindak bagi pihak agensi berkenaan. Tidak ujud istilah 'ORANG DALAM' atau mana-mana individu tawarkan terus 'direct' pada mana-mana individu kenderaan dari agensi kerajaan dengan dakwaan kenderaan lelong tetapi tanpa lalui proses jualan lelong. Walaupun pelbagai pendedahan dari media samada di paparkan melalui akhbar tv atau boleh di search melalui google mengenai penipuan-penipuan jualan kenderaan lelong atau pembelian kenderaan dengan harga murah. Tetapi pembeli masih lagi terperdaya samada membeli kenderaan yang di curi atau kenderaan klon yang akhirnya alami kerugian wang yang di belanjakan.
Jika anda menerima apa-apa tawaran kenderaan pada harga murah dari mana-mana pihak atau individu, ambil langkah berhati-hati dan tidak terus 'cair' dengan menerima tawaran berkenaan atau buatlah rujukan dengan pihak berkuasa berkaitan. Ingat, jika anda membeli kenderaan curi atau kenderaan klon, anda boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah dan jika di sabitkan kesalahan samada boleh di denda atau di penjara atau ke dua-duanya sekali. Memiliki dokomen resmi yang di palsukan atau memiliki barang curi merupakan kesalahan jenayah. Dengan operasi oleh pelbagai agensi kerajaan bagi mengesan kenderaan curi atau kenderaan klon, anda boleh di tahan semasa sekatan jalanraya, boleh di masukkan dalam lokap apabila ditangkap dan seterusnya bila di sabitkan kesalahan semasa di bicarakan di mahkamah boleh di denda atau di penjara atau ke dua-duanya sekali. 
Lelongline Resources adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan bimbingan berkaitan info atau maklumat mengenai jualan kenderaan secara lelong. Baca keseluruhan kandungan blog/website www.lelongline.com dan bagi mendapatkan perkhidmatan CALL 013 255 2000