1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Jumaat

Prosedur

Prosedur pembelian kenderaan lelong yang mudah namun anda perlu lebih bertanggungjawab dalam semua tindakan yang anda sendiri lakukan. Pelbagai perkara yang sepatutnya anda ketahui sebelum anda lakukan pembelian kenderaan lelong. Ambil tahu sebelum buat sesuatu dan apa-apa yang anda lakukan dalam pengetahuan anda sendiri. Sikap ambil mudah, buat sesuatu dengan kaedah 'redah and blasah' atau berani tak bertempat, merupakan risiko kehilangan wang yang dibelanjakan. 
Pembelian kenderaan lelong adalah berkaitan proses dan prosedur yang sewajarnya anda ketahui. Bukan hanya tahu tempat, harga kenderaan yang murah, keadaan kenderaan yang cantik tetapi tindakan-tindakan yang sepatutnya anda sendiri lakukan samada sebelum buat pembelian, semasa buat pembelian dan setelah anda buat pembelian. Disebabkan prosedur pembelian kenderaan lelong mungkin berbeza antara satu tempat lelong dan tempat lelong yang lain tetapi perkara-perkara asas pembelian kenderaan mungkin sama. Kenyataan 'berbeza' dan 'sama' mungkin mengelirukan anda tetapi agak mudah jika anda CALL 0132552000 untuk dapatkan pencerahannya. 
Suatu yang agak berbeza terlalu ketara adalah cara jualan kenderaan lelong sejak 5-6 tahun lalu dan kini di awal tahun 2020 adalah jualan kenderaan dilakukan secara atas talian atau online. Jika dulu pembeli perlu berada di tempat lelong, perlu angkat nombor bidaan dan semua proses jualan kenderaan lelong secara manual. Kini, pembelian kenderaan lelong hanya dilakukan secara online atau atas talian. Pembelian kenderaan lelong boleh dibuat terus melalui handphone atau laptop, pembayaran melalui bank tranfer atau cash dan hanya setelah anda berjaya buat pembelian perlu ke tempat lelong untuk ambil kenderaan sebab kenderaan tidak boleh di pos sebagaimana pakaian. barang elektrik atau makanan.
Pembelian secara atas talian atau online merupakan prosedur yang amat perlu anda ketahui pelbagai perkara berkaitan hak anda sebagai pembeli kenderaan lelong. Tindakan-tindakan yang penting anda lakukan samada sebelum, semasa dan setelah buat pembelian kenderaan lelong. Lelongline Resourcse memberikan panduan asas khususnya menyediakan Panduan Akses Online - link-link lamanweb yang memudahkan anda dapatkan pelbagai info mengenai jualan kenderaan lelong. Untuk pelbagai info baca keseluruhan web www.lelongline.com atau CALL 0132552000