1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Ahad

Hak

Hak sebagai pengguna khususnya hak anda sebagai pembeli kenderaan yang dijual secara lelong. Bukan hanya setakat mahu kenderaan yang cantik pada harga murah tetapi lebih penting dari itu ialah kenderaan yang di beli mudah buat tukar nama. Kecuaian pembeli samada secara sengaja atau tidak sengaja atau tanpa pengetahuan dan lakukan sesuatu samada yang boleh menyebabkan wang dibelanjakan lesap atau terpaksa menanggung pelbagai kos luar jangka.
Bagi memastikan hak anda, amat penting ketahui pelbagai perkara atau tindakan yang sepatutnya anda lakukan bagi tujuan buat pembelian kenderaan lelong. Jangan ambil mudah tetapi ambil tahu apa yang sepatutnya anda lakukan samada sebelum buat pembelian, semasa buat pembelian dan setelah buat pembelian kenderaan lelong.
Jika anda sendiri yang cuai atau keliru pelbagai perkara mengenai pembelian kenderaan lelong, apa-apa kesilapan ada kos yang perlu di tanggung dan tanpa ketahui hak anda sebagai pengguna/pembeli, anda hanya bergantung pada nasib samada baik atau sebaliknya. Jika ketahui beberapa perkara atau tindakan yang sepatutnya dilakukan, urusan pembelian kenderaan lelong agak mudah dan tiada apa-apa risiko kerugian sebab anda boleh elak dari hadapi masalah setelah buat pembelian kenderaan lelong.
Lelongline Resources guide services adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline bagi dapatkan pelbagai info dan untuk daftar sms kan nama/no.kp ke 0132552000