1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Isnin

Agen

Agen atau broker atau wakil bagi pihak atau mana-mana pihak atau individu tidak boleh lakukan apa-apa samada buat pembelian kenderaan bagi pihak pembeli sebenar atau menentukan apa-apa mengenai jualan kenderaan lelong. Kenderaan yang di lelong adalah milik legal owner kebiasaannya pihak bank, ada juga kenderaan yang di lelong dari syarikat kredit atau syarikat korperat atau lalin-lain agensi atau pihak tertentu. Dan harga kenderaan yang di lelong di tentukan oleh legal owner serta harga kenderaan yang di lelong juga samada di senaraikan pada website atau di edarkan 'soft copy' bercetak oleh pengendali tempat lelongan. Hanya list/senarai harga kenderaan lelong yang di edarkan oleh pengendali tempat lelongan yang di rujuk bagi tujuan pembelian kenderaan lelong. 
Pembelian kenderaan lelong hanya dilakukan secara 'cash' atau tunai samada melalui credit card, bank draf atau secara tunai. Namun, perlu ketahui bahawa terdapat 2 bayaran, 1. Bayaran deposit RM 1,530 bagi harga kenderaan yang dilelong bawah RM 100 ribu, yang dibuat semasa hari lelong,( tertakluk pindaan) kebiasaannya bayaran berkenaan dibuat bagi melayakkan membida/beli kenderaan tetapi jika gagal buat pembelian, wang berkenaan di kembalikan. 2. Bayaran 'full payment' mengikut tempoh yang di tentukan samada 5 7 14 21 hari mengikut yang di tetapkan oleh legal owner atau pengendali tempat lelongan.
Tiada agen atau broker atau mana-mana pihak atau individu yang boleh berikan apa-apa jaminan gerenti confirm apa-apa perkara mengenai pembelian kenderaan lelong. Anda sendiri yang lakukan segala perkara atau tindakan mengenai pembelian kenderaan lelong. Apa saja kenderaan yang di lelong adalah mengikut proses serta prosedur tertentu dan sebagai pembeli individu anda sepatutnya ketahui pelbagai perkara mengenai pembelian kenderaan lelong.
Lelongline Resources guide services adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline bagi dapatkan pelbagai info dan untuk daftar sms kan nama/no.kp ke 0132552000