1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Isnin

Direct

Direct atau buat pembelian kenderaan lelong terus di tempat jualan kenderaan lelong, di hadapan jurulelong dan beli kenderaan lelong melalui proses jualan lelong. Tiada mana-mana pihak yang boleh tawarkan apa-apa kenderaan lelong atau jual kenderaan lelong tanpa lalui proses jualan lelong dan tidak ada 'tawaran' melalui 'pintu belakang' cauntim adjust atau apa saja urusan yang mengelirukan. Elakkan berurusan dengan mana-mana pihak yang bagi tawaran secara 'direct' jual kenderaan dengan dakwaan kenderaan lelong samada dari agensi kerajaan samada lelong Kastam Polis JPJ Bank atau kenderaan dari gudang pelabuhan. Jika dikaitkan dengan jualan kenderaan lelong, sudah pasti jualannya melalui jurulelong dan jangan terpedaya dengan tawaran-tawaran 'luarbiasa'.  
Semua orang boleh direct atau secara langsung, terus buat pembelian kenderaan yang dijual secara lelong. Tiada apa-apa halangan dan jualan kenderaan lelong dibuat secara terbuka atau 'public auction. Jika anda tahu mana-mana tempat jualan kenderaan lelong, anda sendiri yang cari, anda masuk sendiri dan buatlah pembelian mengikut apa yang anda tahu tentang pembelian kenderaan lelong.
Tetapi jika tempat jualan kenderaan lelong pun anda tak tahu, pelbagai perkara yang mungkin anda tidak tahu dan jangan ambil mudah dengan hanya ambil tahu perkara-perkara dalam jangkauan fikiran anda saja. Ada yang hanya nak tahu lokasi atau alamat lengkap tempat lelong, nak masuk sendiri, nak tengok atau nak servey, buat site visit. Mungkin agak baik tetapi tidak logik sebab bila tengok kenderaan murah terus beli dan jika ada apa-apa masalah cuma salahkan orang saja.
Lelongline Resources guide services adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline bagi dapatkan pelbagai info dan untuk daftar sms kan nama/no.kp ke 0132552000