1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Isnin

Beli

Beli kenderaan yang di jual secara lelong hanya di lakukan di tempat jualan kenderaan lelong, pembelian dibuat semasa jualan lelong serta hanya melalui proses serta prosedur jualan kenderaan lelong. Anda sebagai pembeli individu perlu masuk atau berada di tempat jualan kenderaan lelong pada hari jualan lelong dibuat, tiada agen, tiada broker atau mana-mana individu atau pihak yang mewakili bagi pihak anda atau tidak boleh sesiapa pun buat pembelian kenderaan lelong bagi pihak pembeli sebenar. Semua urusan pembelian kenderaan lelong di lakukan oleh anda sendiri sebagai pembeli individu.  
Walaupun kini terdapat beberapa pengendali tempat jualan kenderaan lelong yang menyediakan kemudahan buat pembelian kenderaan lelong secara online tanpa memerlukan pembeli berada di tempat jualan lelong dan pembeli boleh buat pembelian secara atas talian ketika lelongan dilakukan. Namun, sebagai langkah yang 'selamat', anda perlu buat inspection semasa kenderaan di 'view' sebelum lelongan dibuat atau anda perlu buat pemeriksaan secara menual pada keadaan kenderaan yang di pamerkan sebelum anda buat pembelian kenderaan berkenaan. Antara syarat pembelian lelong, anda dikehendaki buat pemeriksaan atau inspection semasa kenderaan di pamerkan atau di 'view' sebelum anda buat pembelian. Jadi tiada sebab anda beli kenderaan yang ada kerosakkan yang serius kerana sebelum buat pembelian anda sendiri yang buat pemeriksaan pada kenderaan berkenaan.  
Pembelian kenderaan lelong agak mudah jika anda sebagai pembeli individu ketahui pelbagai perkara mengenainya. Paling penting yang wajar di ketahui adalah mengenai proses dan prosedur pembelian kenderaan lelong. Antaranya adalah mengenai dokumen serta perkara-perkara berkaitan dengannya dan tindakan-tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh anda sebagai pembeli individu. Ambil tahu pelbagai perkara mengenai pembelian kenderaan lelong, bukan setakat tanya kenderaan apa ada, tempat lelong di mana, berapa harga kenderaan lelong dan soalan-soalan yang terlalu asas atau terlalu umum yang dalam jangkauan fikiran anda saja. Lelongline Resources adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan dengan memberikan info panduan pembelian kenderaan lelong. Dengan teknologi kini, segala info mengenai pembelian kenderaan lelong boleh di akses secara online dengan telefon / handphone berinternet. Untuk dapatkan lebih info, baca keseluruhan blog/website lelongline dan untuk buat pendaftaran sms kan nama/no.kp serta buat bayaran fees guide RM 2 ribu. Jika memerlukan penjelasan CALL 0132552000